Tuesday, December 28, 2010

Saya Dah Mula Rasa Bosan

Hmm, sekejap je cuti dah nak habis kan? Jadi, bila tanya pada diri sendiri,"Deena, apa je yang kau dah buat sepanjang cuti yang tak berapa nak panjang untuk kau ni?", aku akan jawab,"Entah lah, aku sendiri pun tak berapa pasti. Rasanya macam takde buat apa-apa kot.

Memang dah terasa kebosanan duduk kat rumah saja-saja. Yelah, bangun tidur, terus cari makanan sarapan. Lepastu kemas tempat tidur, then mandi, lepastu kemas rumah sikit-sikit (sebab yang banyak kemas selalunya kakakku),hehe. Memang kuakui tahap kemalasan dalam diri ni sangat sukar untuk dikikis. Dan, selalunya aku akan pastikan aku siap mandi segala sebelum pukul 11.30. Sebab apa? Ha,ini yang kita tak tau. Hal ini demikian kerana aku perlulah haruslah dan wajiblah mematuhi appointment (betul salah eja ni?) harian aku yang telah dipersetujui bersama dengan nTV7, untuk menonton sebuah K-drama yang dah mula membuatkan aku ketagih terhadapnya iaitu STAIRWAY TO HEAVEN. Ah, lantak kau nak kata apa. Poyo ke,cakap macam bergulung lidah ke,tersembur air liur ke, aku tak kisah. Yang penting aku memang kaki drama. Memang dah layak sangat kalau nak join The KeKor group tu.

Mau taknye, aku pun tak tau kenapa boleh jadik sampai macam ni. Haritu dah selamat khatam You're Beautiful. Itu boleh kira ampunlah, sebab memang dah beli lama dah dvd dia. Tapi yang tak boleh tahan, sekarang ni tengah gasak dok replay Boys Over Flowers. Maybe sebab habis tengok You're Beautiful haritu, sibuk sangat buat perbandingan dengan Boys Over Flowers tu.

Faeqa kata,"Ei, Fe'ka rasa macam nak tengok balik je BOF tu. Geram lah, comelnye Kim Bum!"

Aku pulak kata,"Haah kan. Deena suka tengok si Woo Bin tu! Ei...comel betullah muka dia!"

Maka, berbekalkan sebaris ayat Faeqa yang ada menyebut nak tengok balik BOF, kami pun mulalah mengulang tayang K-drama tu. Fuh! Bersengkang mata tiap2 malam weh! Kau jangan tak caya! Itu pasallah susah nak bangun pagi sebelum pukul 10. Bukan kami taknak bangun awal, tapi mata kami yang tak mengizinkan. Lagipun pagi-pagi kat tv takde cerita best pun. Tak tau nak buat apa. Kang kalau dah siap segala kerja-kerja rumah awal, lepastu dah tak tau nak buat apa dah. Sama je kan? Lagi bagus kalau kami bantai tidur dulu. Hehe

Lagi pulak sekarang ni petang-petang memang takde cerita best kat tv. Peh! Memang meluat habis lah kan kalau nak menghadap tv3 time petang. Balik-balik cerita dongeng Indon yang dok diulang tayang. Tah benda yang bagus sangat dengan cerita-cerita tu tah? Aku rasa adalah dalam 3 4 tahun cerita yang sama yang diorang siarkan. Bosan habislah seh! Rumah I pulak takde astro kan, jadik pusing chanel yang sama je lah tiap-tiap hari. tv3,tv2,tv1,nTV7,8TV,tv9. Disebabkan takde cerita menarik dekat keenam-enam chanel tulah kami cari inisiatif untuk menonton segala dvd.

Ok, sebelum entri kali ni ditutup, sajalah kan nak cerita yang Faeqa dah masuk UiTM Segamat dah. Semalam pergi hantar dia. Jadi,terpaksalah aku berusaha dengan sebaik mungkin untuk mengusir rasa malas yang bertimbun dalam jiwa dan raga aku ni. Kena rajin buat kerja rumah Deena! Aja!Aja! (Hangul)

Hmm, kembang semangkuk hati ni bila dah boleh berbahasa Korea. Sepatah dua jelah tapi. Memang betul-betul sepatah dua je yang aku tahu.Hehe. Tulah, tak bermakna aku tengok cerita Korea tu zero je, I learned something tau! [dalam hati mesti meluat habis kan?]

Saturday, December 11, 2010

my first event after SPM

The most important word that I need to say actually is ALHAMDULILLAH...my great thanks to our creator..for everything that he has gave to me. allowing me to sit on my SPM successfuly, with a very good health. finishing my schooling era, the moment that I've waited for almost years.

mula2 dulu, berangan, lepas habis exam nak dok kat umah puas2. itu dulu la. tapi lepastu, semua angan2 tu jadik angan2 kosong je la. sebab, aku kena pergi plkn. haha. orang lain mesti gelakkan punyalah. tapi aku dah dapat terima kenyatan dah. ada certain member aku masih tak dapat nak terima hakikat. tak taulah nape ngan diorang tu. Alhamdulillah lagi sekali sebab aku dapat kumpulan 1. awal tahun la tu maknanya. takpelah, senang sikit. nanti bulan 3 dah habis, ada masa lagi nak rehat kat rumah. hmm, dapat kat Kem Tasik Chini Resort, Chini, Pahang. abah kata terceruk kat dalam hutan. alah, lantaklah, pergi sana pun diorang yang hantar. bukan kena carik transport sendiri pun.

untuk pengetahuan, bawin dah tunang. dengan..kak wanilah. sape lagi. tahniahlah ye...dah melangkah kak yana dah ni. takpe, biar je. sape cepat dia dululah. ikut planning, nak langsung bulan 6 next year. huh, risau jugak. kot2 masa tu tah dah dekat mana2 lah aku dah tercampak. mintak2 lah still boleh join the special day.

berikut disertakan gambar2 sepanjang majlis yo....




boleh pandang-pandang,
jangan pegang-pegang,
duduk renggang-renggang,
bertambah sayang


sorry peni you're not here....
macam nilah kot my family next year, Insyaallah...


my mother's future daughter-in-law
sayang bakal menantu mak lahh...hehe

sori gamba pejam mata lak

kami pendengar yang setia,,,


apa-apa pun, I would like to wish a big CONGRATZ to Bawin...

Monday, November 15, 2010

thanks adik-adik

13 November 2010- MALAM GALA BINTANG SUKSES

malam yang tersebut ialah malam yang the bestlah sepanjang aku ada kat seri kenangan. memang bestlah sebab tak kena marah langsung dengan cikgu2. thanks cikgu sebab sangat sporting malam tu. even sepatutnya kitorang dah kena balik, tapi kitorang still sibuk bergambar sana-sini pun cikgu tak marah. hehe.

and, buat adik2 form 3, tahniah sebab dah buat the best performance untuk kitorang malam tu. yang girls lah. yang boys punya...tak dapat rasa sebab aku tak rapat dengan diorang. haha. tapi papepun korang memang berbakatlah. mula2 tengok koir korang siang tu, tertouching gak rasa. tapi bila malam dah tak touching dah, sebab dah tau. >.<

ok...im waiting for my graduation day after this. satu2 nya majlis yang tinggal untuk tahun ni...but before that, i need to focus on my spm first..GOODLUCK EVERYBODY!

Saturday, November 6, 2010

kawan-kawan sayang



syukurlah kita semua dah ok macam dulu ye...

setiap orang kena ubah diri masing-masing...

semua orang kena berhijrah...

let bygone be bygone...

jangan lupakan terus Oktober 2010

walaupun kita samakan dia dengan lagu awie yang fofular tu...TRAGEDI OKTOBER

gunakan apa yang dah berlaku sebagai pengajaran

sayang korang semua...MUUUAHHH!!

-AKU SAYANG KORANG-

Friday, November 5, 2010

dup dap dup dap

wah2...kemain lagi dia punya entri...nervous gitu bunyinye...

today is 5th November 2010...spm is very just around the corner. sipi2 gitu orang kata. only a fornight is left for me before the war start..dalam dua minggu ni lah aku boleh buat the last preparation.

benda ni sebenarnya tak mudah untuk aku. bawak tanggungjawab yang besar. bawak harapan ramai orang. anak last dalam family, so segala harapan yang tinggal tergalas atas bahu aku. aku selalu tak yakin dengan kemampuan sendiri. betul. tak tipu punye. tapi ada masa aku macam yakin pulak. entahlah.

memang,
dalam hati berkobar-kobar nak capai semua tu. bukan setakat nak gembirakan orang sekeliling, tapi untuk diri aku sendiri jugak, untuk masa depan aku. tapi tulah. macam yang aku cakap tadi, aku kadang-kadang tak yakin dengan diri aku. selalu aku terfikir pasal ni.

cuba bayangkan,
kalau aku tak dapat apa yang aku nak? mesti ada pihak yang hampa dengan aku. especially my lovely parents. pernah sekali (sekali ke?) aku terfikir benda ni sampai bergenang air mata. dah nak nangis la tu. tak boleh bayangkan kalau aku hampakan harapan diorang. hampakan diri aku jugak. tapi, mintak dijauhkan semua tu. aku akan cuba sehabis baik, mintak2 tak berlaku macam tu. doakan kejayaan saya ya...
dahlah, jangan fikir negatif lagi. kalau nak yang terbaik kena usaha lebih kan..? tak boleh terus macam ni. wake up girl! sedarkan diri yang masih berkhayal tu. study! study! study!

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku. Kau murahkanlah rezekiku di dunia dan akhirat. Aku niatkan segala ilmu yang aku perolehi ikhlas keranamu Ya Allah. Aku akan gunakannya ke jalan yang Engkau redhai. Kau kurniakanlah kejayaan ini kepadaku. Sesungguhnya kejayaan ini aku tujukan khas buat ibu bapaku, guru-guruku, sekolahku, termasuklah semua orang yang telah berbuat baik kepadaku, juga untuk diriku sendiri Ya Rahman. Amin.


p/s: kalau tinggal dua minggu nak exam, maknanya tinggal 5 minggu nak tinggalkan seri kenangan. how sad is that! love you so much SUKSES!

Saturday, October 2, 2010

Satu dalam berbulan-bulan

Haha...apakah maksudnya ye...?? xde apa pun...saja nak bagi tau la ni...yang dah hampir lima bulan aku langsung tak ketuk keyboard ni on my blog...jadi, tindakannya...inilah dia

Hey, aku pun tak berapa nak tau apa yang aku tengah mengarut ni...cepatt! carik tajuk yang sesuai Deena! tampar2 manja sikit otak ko yang agak pemalas nak berfikir tu...manja sahaja..tak lebih dari itu ya...

Ok-ok. Macam ni lah. Aku nak cakap sikit yang aku ni dah dekat sangat dah dengan aku punya exam. Dah tak jauh mana dah. Sipi-sipi gitu. Sebulan lebih je lagi nih. Kalau nak ditanya apa perasaan aku kala ini,,fuhhh!!![ala-ala Awal Ashaari tu]..memang tak boleh blah. Nebess abes! Gisau mak nyahh!!

Tapi tu lah. Dah namanya pun Deena Syaheeda kan, tindakan yang benar-benar serius hanya akan diambil bila exam tu tinggal dalam kiraan hari. Bukan bulan, bukan minggu. Wahai rakan-rakan seperjuanganku, tolonglah seret tangan aku ni masuk bilik bacaan kinabalu yang indah berseri tu! Buatlah apa yang sepatutnya dekat aku ni. Aku sekarang ni tengah dilanda masalah yang amat besar sekalian alam. Masalah tak dapat nak atasi KEMALASAN dalam diri sendiri.

Kepada sesiapa yang mengaku kenal aku, tolonglah pastikan aku study ye...berat bahu ni nak pegang harapan banyak orang. Semua orang, bukan sorang wehh. Tak mau ada yang tak puas hati nanti. Tak mau jugak ada yang mengata belakang nanti.

TOLONG YE..!!!

Saturday, April 17, 2010

kawan-kawan aku

Lamanya tak update....sekarang ni pon curik masa sekejap...oklah, hari ni aku cite pasal menber2 aq...

Dekat sekolah, aku ada satu geng...bukan geng gado2 ea...geng baik2 je....baik sangat ke?? baikla kot... ok, first of all...sebenarnye kami ni berlapan...aku, Aliza, Inaz, Afiqah, Anis, Syafiqah, In, and Saidah...tapi lepas abes PMR..Saidah ngan Azreen pindah sekolah...so, tinggal la kami berenam je kat SMKSK ni...

Memandangkan Syafiqah dah baca blog aku ni minggu lepas, dia ada baca pasal yang aku kata nak cerita pasal kawan2 aku tu...jadik, aku erus terpikir nak tulis pasal dorang...mereka yang lima orang ni memang sentiasa menghiburkan aku masa aku kat sekolah..bukan kat sekolah je sebenarnye...kat mana2 pun...memang koranglah buah hati pengarang jantung aku...xde yang lain lagi dah lepas mak bapak aku melainkan korang...nanti bila aku dah kahwin..maybe jatuh sikit la kot stage korang...x banyak pon...0.5% je...jangan risau ye...

Ok, sekarang aku nak cite pasal dorang ni...

Aliza - aku mula berkawan dengan dia ni sejak aku darjah 5. Masuk tahun ni, dah 6 taun la kiranya kami saling berkenalan..haha..dia...seorang yang suka gelak, x cepat marah, tahan dengan perangai aku yang mengada-ngada ni (kadang-kadang je beb)..n..banyak lagilah...tambah sikit - muka bulat, ada taik lalat kat dahi dia...dont worry Liza..itu trademark kau tau..

Inaz - samela..kenal waktu darjah 5 jugak...cantik (bangga la tu- tapi memang betul), putih..sampai orang asek ingat dia x cukup darahla, tak sihatla...talam bermuka-muka, boleh jadik banyak watak...kejap macam ni..kejap macam tu...tapi ade sikit keras kepala...jangan degil sangat tau Naz...tapi takpe..itu memang dia

Afiqah - pun cantik jugak orangnye..aku mula kawan dengan dia masa form2...tapi x rapat sangat..mula rapat pun sejak kitorang satu dorm..masa form4..dia baik..baik sangat...sampai aku kadang2 geram tengok kebaikan dia tu...dia baik sangat, sampai orang boleh pijak kepala dia...keras sikit Fiqah...garang sikit..buat baik tu berpada-pada tau...

Anis - haha...orang selalu kata kitorang ni kembar...pun mula rapat waktu form 2..maklum je lah..saiz badan, tinggi lebar lebih kurang sama je..uppss..tapi aku lagi ringan dari kau Nis..kami memang bayak persamaan..lebih banyak yang sama dari tak sama..

Syafiqah - nama famous dia ni Shashu..jugak waktu form 2 baru rapat..budak laki selalu kate dia Kajol SMKSK...mulut bising...1 Malaysia la kitorang kata...memang happy-go-lucky la orang nya...tapi Shapikah...jangan memihak pada benda yang tak betul tau...mmmm

Azreen - aku satu sekolah rendah dengan dia ni...tapi kawan biasa je...masuk form 1, aku dapat satu dorm dengan dia..sejak tu mula rapat...tapi jadik lebih rapat lagi masa form 2 jugak...untuk pengetahuan, dia ni sepupu dengan Afiqah tu...tinggi orangnye...kalau ikut birthday, dialah yang paling muda...tapi ikut saiz, dialah yang paling senior..hehe...tapi perangai tetap ikut birthday dia...

Saidah - mula-mula dia ni rapat dengan Azreen and Fiqah...bila In join kitorang, In heret dia sekali...mula-mula tak rapat...tapi mula rapat bila kitorang satu dorm, Kinabalu 4..pendiam orangnya...baik ati..memang baik...tapi dia paling rapat ngan Fiqah..menanar jugak Fiqah waktu dia mula2 pindah MRSM dulu...

So, inilah dia kawan-kawan aku...bukan2...kawan aku ramai...x dapat nak describe satu-satu kat sini...ini aku cerita pasal geng aku je...tapi kawan2 yang lain tu pun sentiasa menceriakan hidup aku jugak...Kona and The Gang la especially...tapi aku pun boleh bergurau ngan sume orang tak kira budak batch aku atau tak...so..these are all about them...

p/s : Ini semua merupakan penghargaan aku untuk korang yang sudi nak berkawan dengan aku yang banya kekurangan mental dan fizikal ni...

"AKUSAYANGKORANG!!!"

Friday, March 12, 2010

aku ngantok, aku penat

Memang aku tgh ngantok sekarang ni...tapi aku still nak update blog ni...well. sekarang baru start cuti...cuti penggal bulan tiga...dan, macam biasa, cuti macam tak cuti. Dengan omwerk nye yg macam x egt dunie...hmm, memang tak boleh nak wat pape. Name pon student SPM. Takpe, kene sabar deena. Untuk taun ni je..tak sampai satu taun pon lagi..tgl bape bulan je. Tapi, aku tak janji langsong same ade aq boleh siapkan sume omwerk tu ke tak, bcoz, cam biaselah, aku. Mak pulak da plan nak g perlis. Ade org kawen dye kate. Dua tiga ari jugak la nak spent kat sana...itu yang aku tak jamin omwerk aku leh siap ke tak...

Ok. Cite pasal result SPM yang baru keluar ni. Sume orang tau yg SMK Seri Kenangan ni top school dalam Segamat. (tapi org segamat je la yg tau kot). Diorang sume xpect budak2 ktorang leyh dapat bebelas-belas orang straight A's. Aku pun antare orang yang beranggapan macam tu sebenarnye...tapi sememangnye aku agak terkejot bila cikgu Sivik aku bagi sesi 2010 ni cite kat aku dengan fadilah, yang sekolah kami cuma 2 orang je yg straight A.

"Takutnye saye..."

"Kenape cikgu?"

"Saya dengar cikgu Mokhtar dengan cikgu Normah cite pasal result SPM esok.."

Mule-mule aku ingat die nak cite pasal ape, rupenye pasal result SPM.

"Kenape dengan result? Ramai yang stret A ke?"

"Tak...cume due orang je..."(die lebih risau pasal result PA budak-budak die)

"Sape?"

"Eh, mane boleh bagi tau...saye pun tak tau.."

"Zulhakim la tu...lagi satu mesti Yong"

"Entahla, saye pun tak tau sebenanye."

Lebih kurang gitu la dialog aku ngan cikgu Sivik aku yang penuh lemah lembot tu...sambil-sambil tu ade disampok-sampok siket oleh Fadilah yang ade kat situ mase tu... Dan, esoknye bila dalam kelas Sejarah, Cikgu Rahmat buat kecoh,

"Hei, kenape korang tak siapkan keje sejarah yang saye bagi??!!"

"Hado, die da buat perangai dah..."aku kate lam ati..

Tengah die sebok-sebok cite pasal keje Sejarah die tu, tah macam mane boleh menyimpang msok pasal result SPM.

pot pet pot pet...."sekolah kite cume due orang je yang stret A"

"Zulhakim ea cikgu?"ade orang tanye.

"Lagi satu sape cikgu? Yong ea?"

"Taklah. Yong dapat 9. Tapi tak stret. Die kan amek 10 subjek. Die slack kat bahasa Cina."

"Abehtu sape lagi sorang??"

"Murni...Murni Bt Ismail"

"Hahh! Gile ah!!" 3/4 daripade budak 5SN1/2010, bagi respon yang same.

Memang terkejot beb! But anyway, dye memang antare orang-orang yang pandai gak kat skola aku tu. Tapi, memang tak sangke la...tapi aku kesian jugak tengok wajah-wajah diorang yang kecewe dengan keputusan masing-masing...macam mane pulak la aku taun depan ek?? Seram dow bile pikir. Tapi, aku tetap bangge dengan diorang. Diorang berjaya letakkan SMKSK sebagai no 1 dalam Segamat. First SPM tuu....tahniah korang...kami budak second batch SMKSK akan cuba buat yang terbaik untuk taun ni...doakan kejayaan kitorang ea...

Aku taknak orang Segamat cop Seri Kenangan just terror untuk PMR je...Aku nak Seri Kenangan top untuk both SPM and PMR! Insya-Allah....

Sunday, March 7, 2010

salahkah aku??


Hari Ahad lepas...ada satu peristiwa hangat yang dah berlaku dekat sekolah tempat aku belajar sekarang...tak boleh nak sebut dekat sini...takut akan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak pulak nanti. kalau nak tahu, tanyalah pada warga SMK Seri Kenangan yang ada di mana-mana.

Hah! Sebenarnya aku nak cerita dekat sini yang aku sangat tak sangka dengan sorang kawan yang aku percaya selama ni. Aku dengan dia memang tak pernah ada problem. Memang baik. Dia pun tak pernah buat hal dengan aku...tapi kalau nak diikutkan, dia anak buah aku..bukan anak sedara, tapi anak buah. Kau faham-faham sendirilah.

Ok, berkaitan dengan perkara yang aku tak percaya tu...ceritanya begini...aicehhh....berkenaan dengan kes yang dah berlaku tu...aku sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menjaga keseluruhan pelajar puteri dekat Asrama Ibnu Sina, SMK Seri Kenangan hanya dapat tahu tentang kes tu pada keesokan harinya sahaja. Kes tu berlaku hari Ahad malam Isnin. Iaitu hari dimana kami semua baru je balik dari kampung masing-masing. Alah, kalau tanya dekat budak-budak SK, diorang, mesti tahu punyalah. Tapi aku hanya tahu masa prep petang hari Isnin tu. Dan, bila aku dapat tahu pasal cerita tu, otak aku tak pulak mengarahkan aku supaya pergi buat report.

Sampailah satu masa, kawan aku yang seorang ni datang dan tanya dekat aku sama ada aku perlu report ke tak...dan sebagai seorang yang harus bertanggungjawab, aku terpaksa pergi buat report. Sambil dalam hati aku risau. Sebab aku rasa serba salah dengan kawan-kawan aku. Sebab ada kawan-kawan aku yang tergolong sekali buat kes tu. Tapi, oleh sebab aku memikirkan kebajikan anak-anak buah aku, aku terpaksa ketepikan semua rasa serba salah tu. Dan disebabkan aku tak tahu siapa lagi yang terlibat dengan kes tu, maka kawan aku yang seorang ni tadi pun pergilah cari saksi-saksi yang berkaitan dan segala tertuduh yang akan didakwa. Kitorang pun pergilah berjumpa dengan pihak yang patut dilaporkan mengenai benda ni.

Dan benda yang dah membuatkan aku tak percaya ialah, kawan aku ni cerita dekat orang lain perkara yang sebaliknya. Macam yang aku beritahu tadi, kawan aku ni yang datang cari aku untuk report pasal benda ni. Tapi, dia cerita dekat orang lain yang dia yang teman aku pergi buat report...Macam mana tu?? Lain yang berlaku, lain yang dicerita. Tak percaya aku dengar semua tu. Yalah, aku baik dia selama ni. Kitorang memang tak pernah ada masalah. Entah, mungkin dia tersalah cerita kot. Tapi walaupun aku dah tahu pasal benda ni, aku masih baik dengan dia. Mungkin memang betul dia tersalah cakap. Sebab dia pun takda tunjuk muka bersalah dekat aku. Selamba je. Macam takda apa-apa yang berlaku.

Sekarang ni aku masih rasa serba salah dengan kawan-kawan aku yang terlibat tu...aku kena say sorry pada diorang. Tapi tak tahulah bila. Sorry ya...kalau korang nak benci dekat aku pun takpa ah. Aku tahu korang tak suka kena marah dengan cikgu, tapi aku tak boleh lepas tangan. Aku terpaksa. Aku pun tak sampai hati nak tengok korang kena makan sumpah seranah diorang. Sori lagi sekali ya...aku ni bersalah ke buat semua ni...??

Saturday, February 27, 2010

Bagaikan Puteri

Hari ni aku dah berjaya habiskan baca novel tu...novel mana? Ituuu..yang ada dekat tajuk tu...Fuhh! Betul-betul buat aku angau. "Wahai Laksamana Sunan, alangkah baiknya andai masih ada manusia seperti tuan hamba pada zaman ini." Sebelum ni aku dah baca sekuel kedua dia, 'Cinta Sang Ratu'. Patutnya orang baca dari yang pertama, tapi aku terbalik pula...

Entahlah...sebenarnya mula-mula aku tak minat langsung nak baca novel tu...tapi tak tahulah...Aku ada seorang kawan ni, dia dengan aku, kami banyak persamaan. Pencinta drama Korea, pencinta novel, sifat-sifat pun banyak yang sama, mulut pedas pun bolehlah tahan samanya. Hahaha, dan untuk pengetahuan, gadis bertuah itu namanya Nadzirah binti Ramlee. Ketua dorm aku dekat sekolah. tapi kalau nak diikutkan, dia bukanlah salah seorang ahli dalam geng aku, cuma, student dalam batch kami ni memang rapat antara satu sama lain. Tak kira geng atau tidak, kami boleh aja kalau nak diajak bergurau dan bermain. Cuma jangan diajak bergaduh dan bermusuhan. Itu juga salah satu kelebihan kami...

Okay..berbalik cerita pasal novel tadi..kawan aku si Nadzirah ni beriya-iya sangat baca, jadi aku pun tanyalah,

"Nad, best sangat ke novel tu?"
Maka dia pun dengan muka yang bersungguh-sungguh menjawab,

"Best gila Deena...kau bacalah. Nanti lepas aku baca aku bagi kau pinjam. Memang best! Kita kan ada feeling yang sama..nanti mesti kau boleh rasa apa yang aku rasa masa baca novel ni!"

Jadi, macam yang dah dijanjikan, dia pun bagi novel tu pada aku lepas dia habis baca. Dan aku pun baca dengan hati yang ragu-ragu. Tahu ajalah, tengok tajuk pun dah macam novel zaman A.Samad Said waktu dia muda-muda dulu. Macam mana aku nak yakin yang novel tu best? Tapi aku baca juga..'Jaga hati Nad' aku cakap dalam hati.

Mula-mula baca memang tak faham. Yalah, patutnya baca dari yang pertama, tapi aku, terus langkah yang kedua. Tapi lama-lama, aku tak sedar yang aku sendiri dah tak bercakap dengan budak-budak dalam dorm aku, sibuk baca novel tu.

Tiba-tiba Nad masuk dorm,
"Amboi Deena! Dah tak pandang kiri kana baca. Tengok tu! Aku pun baca tak cepat macam kau!"

Aku pun tengok novel tu,"Aah lah Nad, syok pulak tiba-tiba. Hehe!" Aku hanya mampu sengih aje..terbera jugakla muka aku. Yalah, masa dia baca, aku sebok tanya, best ke tak? (dalam hati nak kata tak best la tu)

Bila aku dah habis baca novel tu, aku dapat pulak pinjam Bagaikan Puteri dekat library sekolah. Baca dekat rumah. Beriya-iya aku promote dekat kakak-kakak aku. Tapi diorang tak ambik kisah. Diorang kata tak best. Huh! Biarlah diorang. Tak reti nak cakap yang mende tu best.







p/s: Lepas ni nak cari 'Hijab Sang Pencinta' pulak.
Carikla beb novel ni...best wu...
Aku tak faham kenapa diorang tak nak baca...

Thursday, February 25, 2010

semua ini tentangku

semua ini tentangku?

kenapa tajuk dia macam ni? Aku pun tak pasti. Aku tulis pun ikut suka hati aku je...aah ek?
Aku belum bagi tahu nama aku yang sebenar pun kan? Tentang diri aku pun aku belum pernah cerita kat sini..tapi tajuk tulis 'semua ini tentangku'..

Ok..nama Nur Deena Syaheeda Binti Bahrom..umur?tak payah cakaplah...kira sendiri..22 September 1993..alamat? nombor telefon? tak payahlah...semua tu tak boleh bagi tahu kat sini...macam-macam boleh jadi nanti..

Adik-beradik pulak..aku yang kelima dari lima..kira anak bongsu lah tu..Yang sulung perempuan, kedua abang, ketiga dan keempat kakak..memang adik-beradik aku ramai perempuan..dan..mak aku nanti akan dapat empat orang menantu lelaki..(sepuluh tahun akan datang baru tercapai kot mak)

Masih sekolah..sekarang tingkatan lima..tahun akhir dah ni..x sabar nak tunggu 8 Disember ni..dengar cerita paper Biology yang last sekali..waktu tu agaknya aku dah tak sabar sangat nak bukak baju sekolah tu...maklumlah..hari terakhir dan saat akhir nak pakai baju tu..lepas daripada tu dah tak pakai lagi dah..(tapi itu jangkaan, belum confirm lagi)

Dan...aku rasa sekarang ni aku dah sangat-sangat ketandusan idea nak tulis atau cerita tentang apa lagi..tak tahulah..pening...pening...

Hmm..dahlah..ini aje kot untuk hari ni...nanti, bila tiba-tiba aku dilimpahkan dengan idea-idea yang bernas lagi berkualiti, aku tulis kat sini

p/s: Tentang kawan-kawan belum cerita lagi ni...

Friday, February 19, 2010

2.30pagi

hmmm...xde ape nak wat memalam bute cenggini...sambil on9 myspace, bukak mende ni gak. study la siket2 konon...tekejo sane-sini...ngantok??lom ag...tiap2 malam intenet x ok...gram tol. Tapi tah ape yang merasok otak aq sampai aq tepikir nak tuko modem streamyx ni...tetibe ok pulak..

ape lagi...masok line tros a...kalau x...dah lame aq tesembam atas toto u...ini pon da dekat kol 3...sampai kol bape la agak2 aq kat depan komputer ni...sambil nak layan raja yg x reti nak tido da tgh malam ni...siap ajak tengok bola lagi..macam aku nak pulak..heh..xde mase aq nak tengok manusia2 seramai 22 orang mengejar sebijik bola kat atas padang tu...entah2 dalam ramai2 tu ade yang tak merasa langsong nak sepak bola...apela diorang ni...buat penat badan je...

aq terase macam nak tido la...sebe salah pulak tengok jam kat komputer ni da pukul 3.05..die pon penat kot...

'selamat malam, sayang' - cam kenal je phrase ni....