Tuesday, December 28, 2010

Saya Dah Mula Rasa Bosan

Hmm, sekejap je cuti dah nak habis kan? Jadi, bila tanya pada diri sendiri,"Deena, apa je yang kau dah buat sepanjang cuti yang tak berapa nak panjang untuk kau ni?", aku akan jawab,"Entah lah, aku sendiri pun tak berapa pasti. Rasanya macam takde buat apa-apa kot.

Memang dah terasa kebosanan duduk kat rumah saja-saja. Yelah, bangun tidur, terus cari makanan sarapan. Lepastu kemas tempat tidur, then mandi, lepastu kemas rumah sikit-sikit (sebab yang banyak kemas selalunya kakakku),hehe. Memang kuakui tahap kemalasan dalam diri ni sangat sukar untuk dikikis. Dan, selalunya aku akan pastikan aku siap mandi segala sebelum pukul 11.30. Sebab apa? Ha,ini yang kita tak tau. Hal ini demikian kerana aku perlulah haruslah dan wajiblah mematuhi appointment (betul salah eja ni?) harian aku yang telah dipersetujui bersama dengan nTV7, untuk menonton sebuah K-drama yang dah mula membuatkan aku ketagih terhadapnya iaitu STAIRWAY TO HEAVEN. Ah, lantak kau nak kata apa. Poyo ke,cakap macam bergulung lidah ke,tersembur air liur ke, aku tak kisah. Yang penting aku memang kaki drama. Memang dah layak sangat kalau nak join The KeKor group tu.

Mau taknye, aku pun tak tau kenapa boleh jadik sampai macam ni. Haritu dah selamat khatam You're Beautiful. Itu boleh kira ampunlah, sebab memang dah beli lama dah dvd dia. Tapi yang tak boleh tahan, sekarang ni tengah gasak dok replay Boys Over Flowers. Maybe sebab habis tengok You're Beautiful haritu, sibuk sangat buat perbandingan dengan Boys Over Flowers tu.

Faeqa kata,"Ei, Fe'ka rasa macam nak tengok balik je BOF tu. Geram lah, comelnye Kim Bum!"

Aku pulak kata,"Haah kan. Deena suka tengok si Woo Bin tu! Ei...comel betullah muka dia!"

Maka, berbekalkan sebaris ayat Faeqa yang ada menyebut nak tengok balik BOF, kami pun mulalah mengulang tayang K-drama tu. Fuh! Bersengkang mata tiap2 malam weh! Kau jangan tak caya! Itu pasallah susah nak bangun pagi sebelum pukul 10. Bukan kami taknak bangun awal, tapi mata kami yang tak mengizinkan. Lagipun pagi-pagi kat tv takde cerita best pun. Tak tau nak buat apa. Kang kalau dah siap segala kerja-kerja rumah awal, lepastu dah tak tau nak buat apa dah. Sama je kan? Lagi bagus kalau kami bantai tidur dulu. Hehe

Lagi pulak sekarang ni petang-petang memang takde cerita best kat tv. Peh! Memang meluat habis lah kan kalau nak menghadap tv3 time petang. Balik-balik cerita dongeng Indon yang dok diulang tayang. Tah benda yang bagus sangat dengan cerita-cerita tu tah? Aku rasa adalah dalam 3 4 tahun cerita yang sama yang diorang siarkan. Bosan habislah seh! Rumah I pulak takde astro kan, jadik pusing chanel yang sama je lah tiap-tiap hari. tv3,tv2,tv1,nTV7,8TV,tv9. Disebabkan takde cerita menarik dekat keenam-enam chanel tulah kami cari inisiatif untuk menonton segala dvd.

Ok, sebelum entri kali ni ditutup, sajalah kan nak cerita yang Faeqa dah masuk UiTM Segamat dah. Semalam pergi hantar dia. Jadi,terpaksalah aku berusaha dengan sebaik mungkin untuk mengusir rasa malas yang bertimbun dalam jiwa dan raga aku ni. Kena rajin buat kerja rumah Deena! Aja!Aja! (Hangul)

Hmm, kembang semangkuk hati ni bila dah boleh berbahasa Korea. Sepatah dua jelah tapi. Memang betul-betul sepatah dua je yang aku tahu.Hehe. Tulah, tak bermakna aku tengok cerita Korea tu zero je, I learned something tau! [dalam hati mesti meluat habis kan?]

No comments:

Post a Comment