Saturday, February 27, 2010

Bagaikan Puteri

Hari ni aku dah berjaya habiskan baca novel tu...novel mana? Ituuu..yang ada dekat tajuk tu...Fuhh! Betul-betul buat aku angau. "Wahai Laksamana Sunan, alangkah baiknya andai masih ada manusia seperti tuan hamba pada zaman ini." Sebelum ni aku dah baca sekuel kedua dia, 'Cinta Sang Ratu'. Patutnya orang baca dari yang pertama, tapi aku terbalik pula...

Entahlah...sebenarnya mula-mula aku tak minat langsung nak baca novel tu...tapi tak tahulah...Aku ada seorang kawan ni, dia dengan aku, kami banyak persamaan. Pencinta drama Korea, pencinta novel, sifat-sifat pun banyak yang sama, mulut pedas pun bolehlah tahan samanya. Hahaha, dan untuk pengetahuan, gadis bertuah itu namanya Nadzirah binti Ramlee. Ketua dorm aku dekat sekolah. tapi kalau nak diikutkan, dia bukanlah salah seorang ahli dalam geng aku, cuma, student dalam batch kami ni memang rapat antara satu sama lain. Tak kira geng atau tidak, kami boleh aja kalau nak diajak bergurau dan bermain. Cuma jangan diajak bergaduh dan bermusuhan. Itu juga salah satu kelebihan kami...

Okay..berbalik cerita pasal novel tadi..kawan aku si Nadzirah ni beriya-iya sangat baca, jadi aku pun tanyalah,

"Nad, best sangat ke novel tu?"
Maka dia pun dengan muka yang bersungguh-sungguh menjawab,

"Best gila Deena...kau bacalah. Nanti lepas aku baca aku bagi kau pinjam. Memang best! Kita kan ada feeling yang sama..nanti mesti kau boleh rasa apa yang aku rasa masa baca novel ni!"

Jadi, macam yang dah dijanjikan, dia pun bagi novel tu pada aku lepas dia habis baca. Dan aku pun baca dengan hati yang ragu-ragu. Tahu ajalah, tengok tajuk pun dah macam novel zaman A.Samad Said waktu dia muda-muda dulu. Macam mana aku nak yakin yang novel tu best? Tapi aku baca juga..'Jaga hati Nad' aku cakap dalam hati.

Mula-mula baca memang tak faham. Yalah, patutnya baca dari yang pertama, tapi aku, terus langkah yang kedua. Tapi lama-lama, aku tak sedar yang aku sendiri dah tak bercakap dengan budak-budak dalam dorm aku, sibuk baca novel tu.

Tiba-tiba Nad masuk dorm,
"Amboi Deena! Dah tak pandang kiri kana baca. Tengok tu! Aku pun baca tak cepat macam kau!"

Aku pun tengok novel tu,"Aah lah Nad, syok pulak tiba-tiba. Hehe!" Aku hanya mampu sengih aje..terbera jugakla muka aku. Yalah, masa dia baca, aku sebok tanya, best ke tak? (dalam hati nak kata tak best la tu)

Bila aku dah habis baca novel tu, aku dapat pulak pinjam Bagaikan Puteri dekat library sekolah. Baca dekat rumah. Beriya-iya aku promote dekat kakak-kakak aku. Tapi diorang tak ambik kisah. Diorang kata tak best. Huh! Biarlah diorang. Tak reti nak cakap yang mende tu best.







p/s: Lepas ni nak cari 'Hijab Sang Pencinta' pulak.
Carikla beb novel ni...best wu...
Aku tak faham kenapa diorang tak nak baca...

Thursday, February 25, 2010

semua ini tentangku

semua ini tentangku?

kenapa tajuk dia macam ni? Aku pun tak pasti. Aku tulis pun ikut suka hati aku je...aah ek?
Aku belum bagi tahu nama aku yang sebenar pun kan? Tentang diri aku pun aku belum pernah cerita kat sini..tapi tajuk tulis 'semua ini tentangku'..

Ok..nama Nur Deena Syaheeda Binti Bahrom..umur?tak payah cakaplah...kira sendiri..22 September 1993..alamat? nombor telefon? tak payahlah...semua tu tak boleh bagi tahu kat sini...macam-macam boleh jadi nanti..

Adik-beradik pulak..aku yang kelima dari lima..kira anak bongsu lah tu..Yang sulung perempuan, kedua abang, ketiga dan keempat kakak..memang adik-beradik aku ramai perempuan..dan..mak aku nanti akan dapat empat orang menantu lelaki..(sepuluh tahun akan datang baru tercapai kot mak)

Masih sekolah..sekarang tingkatan lima..tahun akhir dah ni..x sabar nak tunggu 8 Disember ni..dengar cerita paper Biology yang last sekali..waktu tu agaknya aku dah tak sabar sangat nak bukak baju sekolah tu...maklumlah..hari terakhir dan saat akhir nak pakai baju tu..lepas daripada tu dah tak pakai lagi dah..(tapi itu jangkaan, belum confirm lagi)

Dan...aku rasa sekarang ni aku dah sangat-sangat ketandusan idea nak tulis atau cerita tentang apa lagi..tak tahulah..pening...pening...

Hmm..dahlah..ini aje kot untuk hari ni...nanti, bila tiba-tiba aku dilimpahkan dengan idea-idea yang bernas lagi berkualiti, aku tulis kat sini

p/s: Tentang kawan-kawan belum cerita lagi ni...

Friday, February 19, 2010

2.30pagi

hmmm...xde ape nak wat memalam bute cenggini...sambil on9 myspace, bukak mende ni gak. study la siket2 konon...tekejo sane-sini...ngantok??lom ag...tiap2 malam intenet x ok...gram tol. Tapi tah ape yang merasok otak aq sampai aq tepikir nak tuko modem streamyx ni...tetibe ok pulak..

ape lagi...masok line tros a...kalau x...dah lame aq tesembam atas toto u...ini pon da dekat kol 3...sampai kol bape la agak2 aq kat depan komputer ni...sambil nak layan raja yg x reti nak tido da tgh malam ni...siap ajak tengok bola lagi..macam aku nak pulak..heh..xde mase aq nak tengok manusia2 seramai 22 orang mengejar sebijik bola kat atas padang tu...entah2 dalam ramai2 tu ade yang tak merasa langsong nak sepak bola...apela diorang ni...buat penat badan je...

aq terase macam nak tido la...sebe salah pulak tengok jam kat komputer ni da pukul 3.05..die pon penat kot...

'selamat malam, sayang' - cam kenal je phrase ni....