Thursday, February 25, 2010

semua ini tentangku

semua ini tentangku?

kenapa tajuk dia macam ni? Aku pun tak pasti. Aku tulis pun ikut suka hati aku je...aah ek?
Aku belum bagi tahu nama aku yang sebenar pun kan? Tentang diri aku pun aku belum pernah cerita kat sini..tapi tajuk tulis 'semua ini tentangku'..

Ok..nama Nur Deena Syaheeda Binti Bahrom..umur?tak payah cakaplah...kira sendiri..22 September 1993..alamat? nombor telefon? tak payahlah...semua tu tak boleh bagi tahu kat sini...macam-macam boleh jadi nanti..

Adik-beradik pulak..aku yang kelima dari lima..kira anak bongsu lah tu..Yang sulung perempuan, kedua abang, ketiga dan keempat kakak..memang adik-beradik aku ramai perempuan..dan..mak aku nanti akan dapat empat orang menantu lelaki..(sepuluh tahun akan datang baru tercapai kot mak)

Masih sekolah..sekarang tingkatan lima..tahun akhir dah ni..x sabar nak tunggu 8 Disember ni..dengar cerita paper Biology yang last sekali..waktu tu agaknya aku dah tak sabar sangat nak bukak baju sekolah tu...maklumlah..hari terakhir dan saat akhir nak pakai baju tu..lepas daripada tu dah tak pakai lagi dah..(tapi itu jangkaan, belum confirm lagi)

Dan...aku rasa sekarang ni aku dah sangat-sangat ketandusan idea nak tulis atau cerita tentang apa lagi..tak tahulah..pening...pening...

Hmm..dahlah..ini aje kot untuk hari ni...nanti, bila tiba-tiba aku dilimpahkan dengan idea-idea yang bernas lagi berkualiti, aku tulis kat sini

p/s: Tentang kawan-kawan belum cerita lagi ni...

No comments:

Post a Comment