Tuesday, May 17, 2011

4 Hari Lagi

Diam tak diam tinggal 4 hari je lagi aku dah nak daftar masuk UiTM Puncak Alam. Tak tahu apa perasaan yang sebenar. Kejap-kejap rasa excited, kejap-kejap rasa tak pulak.

Dekat facebook, entah siapa hamba Allah yang sangat rajin dan prihatin nak add aku untuk join group UiTM Puncak Alam. Aku pun tak ingat. Aku tak marah pun, even aku rasa benda tu tak perlu bagi aku. Takpelah, sekurang-kurangnya bila aku baca post-post diorang aku dapat jugak sikit-sikit informations. Cuma, tulah bila dah kata tak berapa minat tu mulalah buat tak tahu je. Aku tengok yang lain tu kemain aktif dok bertanya khabar segala kat situ. Aku? Haram nak tegur. Segan dow...dahlah tak kenal alih-alih sibuk nak tanya khabar. Ala, nanti-nanti jelah. Bila dah kenal nanti aku tegur la...entah-entah dok beriya tegur kat fb nanti kat sana masing-masing buat muka tak tahu jugak.


























Bila tengok segala kemudahan yang ada memang rasa bersyukur sangat sebab tempat dia nak ikutkan memang selesa. Disebabkan perkara tersebut jugaklah ada timbul rasa excited aku nak pergi sana. Lagipun ramai jugak kawan-kawan aku yang ada kat sana.


Tapikan...tapikan...tapikan...bila aku tengok ni....



aku terus rasa macam, omaigod omaigod boleh ke aku nak belajar semua ni??? Tapi aku sedapkan hati, kalau orang lain boleh buat takkan aku tak boleh kot....ececehhh....


Hmm, if you all want more infos for the things which need to bring or not, read this...




Tapi still macam menimbulkan persoalan jugak sikit-sikit. Tapi okla...


By the way, sebenarnya aku tak boleh nak confirm lagi aku pergi PALAM ke tak. Sebabnya, 21 May ni keluar keputusan PISMP or IPG or senang kata perguruan. Seperti yang sesetengah daripada anda ketahui, aku akan pergi perguruan kot kalau dapat. Tengok tu! masih ada kot lagi...takpe tak kisah. Aku ada sebab sendiri kenapa nak pergi perguruan kalau dapat. Tak boleh cakap sekarang sebab belum tentu dapat. Nanti kalau betul dapat baru boleh cakap lebih-lebih. Yang tak tahan tu betul-betul sama tarikh dengan daftar PALAM. Memang sipi gila keputusan yang bakal dibuat. Memang berserah bertawakal je aku sekarang ni....



Am I going to be this?






or, this...





Masih menunggu...

Monday, April 25, 2011

Impian Ke Cita-cita?

Susah kan bila kena buat pilihan antara dua? Hmm, hari ni entri kita agak berfaedah sikit. Matang sikit. Bukan sebab apa, ni sebab nak bercakap tentang masa depan ni.

Cita-cita saya nak ada title Dr. kat depan nama Deena tu.

Dan

Impian saya nak belajar kat luar negara.



Cita-cita kat atas tu bukan calang-calang punya angan-angan tu. Itu dah dikira profesion elit atau profesion kelas atasan confirm yang akan disanjung dan dipandang tinggi oleh sesiapa pun kot. Yelah, benda yang susah nak dapat tu mestila orang akan kata, "Peh gila lah dia tu boleh jadi macam ni...macam tu....boleh dapat ni..dapat tu...mesti mak bapak dia bangga ngan dia kan?" Kerjaya macam tu dia punya income memang masyuk. Siapa yang tak nak gaji besar? Doktor, engineer, pilot, semua tu kerja yang babitkan nyawa orang. Sebab tu gaji besar. Kalau bidang keusahawanan atau apa-apa je yang seangkatan dengannya tu mungkin tak babitkan nyawa orang sangat kot. Aku rasa lah.

Itu cita-cita. Tapi impian aku lain pulak. Nak belajar kat luar negara. Kalau nak muntah sekarang silakan. Tak kiralah orang nak cakap apa. Nak kata aku kuat berangan ke, perasan nak mampus ke, takkan kesampaian ke, aku tak kisah. Aku nak berangan aku punya sukalah. Tak babitkan duit korang pun. Alah, semua orang akan berangan nak pergi luar negara. Sama ada untuk belajar atau untuk melancong atau nak lagi gempak tinggal and kerja kat sana. Kalau yang dah pergi or selalu pergi tu takyahlah join bahagian ni. Ini untuk orang-orang macam aku ni. Keluarga saya tak sekaya or semewah orang lain yang boleh berjalan luar negara macam setakat ulang-alik Segamat-Batu Anam je. Jadi, angan-angan aku nak pergi luar negara hanya dengan pergi belajar jelah. Tunggulah nanti bila aku dah ada duit berkepuk-kepuk bolehlah aku join orang-orang kaya tu pergi jenjalan oversea.

Tapi kita tau kan yang tak semua impian dan cita-cita kita tu akan kesampaian? Jadi sekarang ni aku dah mula tersepit antara dua dah. Entahlah, padahal yang pasal impian aku tu belum tau pun lulus ke tak interviewnya. Dan yang cita-cita tu pun belum tentu aku dapat tawaran asasi or matrik dan belum tentu pun aku boleh score untuk proceed nak dapat title Dr. tu.

Ataupun aku lupakan title Dr. tu tapi tukar dengan title Teacher? Hehe, kerjaya yang memang sesuai dengan para gadis dan sekarang ni makin susah nak jadik cikgu. Banyak saingan tau! Ingat senang ke nak dapat? Semua orang yang dah grad kalau tak dapat kerja mesti mohon KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ). Ada setengah orang kata cikgu ni pilihan terakhir bila dah susah sangat nak dapat kerja. Ei, tak baik tau cakap camtu. Ingat senang ke kerja cikgu ni. Mulia tau! Besar tanggungjawab dia. Bukan senang nak mendidik anak orang nak bagi pandai, lagi-lagi bila ada student yang degil keras kepala macammm.....KAU! - gurau je jangan terasa. Kang bila anak tak score masa exam mak bapak kerja nak salahkan cikgu je. Tak tau anak dia yang bebal, malas belajar. Bila anak kena rotan, pun cikgu jugak yang kena. Padahal anak dia tu yang degil. Hei, bosan betul dengan parents yang tak open minded macam tu. Pehal emo sangat pulak ni. Beriya-iya sangat pulak backup cikgu. Dah macam nak berdakwah pun ada. Ok, Lupakan.



Tutup cerita pasal cita-cita ngan impian tu. Lain kali kalau ada idea aku sambung. Nak cakap pasal lain ni.


Mintak maaf kalau apa yang aku nak suarakan ni mengecikkan atau menyakitkan hati sesiapa.


Takde, aku nak cakap, yang aku bosan bila aku baca blog or status fb sesetengah orang ni dia asyik dok gebang cerita pasal dia couple la, dia clashlah, dia merajuk ngan pekwelah. Bukan jeles. Cuma aku rasa macam hei come on la kawan kita ni muda belia lagi jangan lah dok bebankan otak dengan benda yang sedemikian rupa! Girls...wake up sayang! Jangan hanyut sangat dengan cinta korang sekarang ni. Hidup kita ni jauh lagi tau. Nanti kau dah separuh mati sayang kat jantan tu, bila terpisah tercampak belajar kat mana-mana, dah jumpa orang lain, clash jugak akhirnya. Kalau yang ok tu oklah, kalau yang dok merana meroyan macam orang mati laki tu apa cerita? Budak laki apa dia kisah. Diorang senang je nak carik ganti. Percayalah. Kalau tengok budak laki kat luar tu, yang kadang-kadang kita kata muka macam tak siap tu pun silap-silap awek dia ada dua tiga.

Saya ni bukan sesiapa nak halang anda dari bercinta. Itu hak korang. Aku tak boleh campur. Paling-paling tak suka pun buat tak tau jelah. Takkanlah tiba-tiba aku nak datang bisik kat telinga kau suruh kau clash ngan pakwe kau? Gila? Memang penyibuk tahap karma tu. Kalau nak bercinta, suka hatilah. Aku ni pun silap-silap sama je, konon nak ajar orang. Eh tapi itulah sebabnya aku tulis ni. Nak buat ingatan untuk diri sendiri jugak. Macam ni kawan, kalau nak ada pakwe tu, carilah masa yang sesuai. Aku tak boleh nak cakap bila masa yang sesuai tu. Korang kena fikir sendiri sebab ini pasal diri korang. Jadi korang je yang tau bila masa yang sesuai tu akan tiba. Tapi kalau boleh jangan sekarang, sebab lelaki remaja ni, kebanyakannya motif nak couple sebab suka-suka. Tak serius. Aku sendiri pun tak tahu bila masa yang paling sesuai untuk aku benarkan diri aku ni nak ber'pakwe'. Ei, geli nak cakap. Itupun kalau ada yang sudi. Haha berangan lagi. Setakat syok kat orang tu semua orang pun pernah kot. Pembohong besar kalau kau kata 'eh aku tak pernah langsung syok kat sesape'. Mesti pernah punya. Cuma kau tak pernah bagitau orang. Kan?[baik mengaku je, sebab aku pun sama.kahkahkah.sila baling kasut kau kat aku.]

Ok, bila kau rasa kau dah jumpa masa yang sesuai, kau tengok dulu budak tu macam mana. Ok ke, tak ok ke. Tengok muka dia, kalau gaya dia macam boleh jadik orang, boleh ada kerja bagus satu hari nanti, takpe boleh teruskan. Tapi kalau setakat muka macam tak boleh hidup kalau tak hisap rokok atleast sekotak sehari, fikirlah sepanjang-panjangnya. Bukan apa, kau nak mati cepat ke dok hidu asap rokok dia je nanti? Aku taknak. Duit pun nanti habis kat rokok je. Baik guna duit tu beli hadiah untuk aku ke, belanja makan ke, jadikan duit belanja bulanan untuk aku ke, barulah best. Kan ladies?

Lepastu, carilah budak jantan yang sembahyangnya terjaga. Aku ni bukanlah golongan macam para gadis yang kuat agama yang tudung labuh tu. Aku respect kat orang macam tu. Kagum beb! Bukan senang nak jadi macam tu tau. Tapi sekurang-kurangnya aku nak boipren aku nanti reti jaga solat dia. Sebabnya, orang yang reti jaga solat dia ni automatically akan terpelihara diri dia, sahsiah dia. Ada kau dengar budak laki pergi solat jemaah Maghrib ngan Isyak dulu kat masjid sebelum pergi merempit? Ada kau dengar budak laki buat solat hajat mintak nombor ekor yang diorang beli tu menang? Ada kau dengar budak laki buat tahajud tengah malam lepas balik disko? Ada kau dengar budak laki pergi dengar tazkirah dulu sebelum keluar pergi jamming?Takde semua tu kan. Kalau dapat yang alim tinggi ilmu agama tu lagi bonus! Tapi susah nak dapat yang macam tu. Ingat yang alim-alim tu nak ke pandang kat kita yang tak berapa nak alim sangat ni. Tapi kalau dah ada rembat je awal-awal. Aku, kalau tengok kat boys yang kemain bergaya rambut pacak, baju konon stylo ikut fesyen artis K-pop, aku tak rasa yang diorang ni sembahyang penuh. Yelah, kalau ambik air sembahyang kang penyek rambut stylo diorang. Silap-silap pergi sembahyang Jumaat pun takmo pakai songkok risau rambut penyek. Tapi yelah, tak semuanya macam tu. Kadang-kadang yang jenis tak bergaya pun solat belum tentu. Ini pandangan aku je. Aku berani cakap sebab aku tak rasa ada budak laki yang baca ni. Kalau ada, sorry ye bro....

Girls, kalau boleh janganlah open sangat bercerita pasal pakwe korang kat ruangan-ruangan public macam ni ye. Nak cerita boleh, tapi biarlah berlapik sikit. Sebabnya, kalau diperhatikan, jarang kita nak tengok budak laki yang gasak dok gebang pasal awek dia kat umum. Pompuan pulak yang kengkadang nampak lebih-lebih. Padahal bukan diorang tak sayang kat awek diorang. Sayang, cuma diorang sedikit egoistik nak menunjukkan kasih sayang diorang secara terang-terangan. Kita pun perlu macam tu jugak. Cuba jadikan ke'romatik'an korang tu hanya rahsia korang je. Barulah rasa spesel sikit. Ye dak? Ini kalau semua orang tau, tak speciallah! Dan kalau boleh, janganlah mudah sangat nak bercinta sayang oi. Simpan 'cinta' korang tu untuk orang yang betul-betul boleh jadik laki kau satu hari nanti. Baru betul. Tak payahlah nak berpegang pada konsep couple sebab suka-suka, nak enjoy. Tak penting semua tu. Mungkin pandangan aku ni ramai yang tak setuju. Tapi tak taulah kenapa aku jenis yang berfikiran macam tu. Takpe, lain orang, lain pandangannya kan? Aku cuma menyuarakan pendapat aku je.

Harini tak pasal-pasal aku dok bercakap pasal 'cinta' pulak dah. Macam tak kena gaya je....haha, lantak dah tulis pun...till then...goodbye!

Tuesday, March 29, 2011

Kuliah Memandu Saya

Ok, tadi pergi belajar drive untuk kelas terakhir kot. Lepas ni tinggal lagi sejam. Lepastu ikutkan due date nye 11 April ni pergi test. Mangaii...dah nak test tu...bawak kereta pun tersengguk-sengguk. Dah nak test. Ada hati.

Dekat tiga bulan tinggalkan dunia memandu ni membuatkan aku agak kekok nak drive balik. Tak boleh ingat masa first kelas lepas balik PLKN haritu, habis semua undang-undang jalan raya aku langgar. Step nak masuk parking pun boleh lupa. Parah! Nak mulakan perjalanan tak bagi signal, tak toleh kanan, paling hebat siap TAK TURUNKAN HANDBRAKE! Dasat tak I? I memang bakal pemandu berhemah kan???

Tadi punya kelas paling best kot aku rasa. Dengan cikgu sape? Entah? Dah macam-macam cikgu aku belajar dah. Sorang pun aku tak tau nama. Tapi cikgu tadi paling best. Mak panggil cikgu Jo. Haa..kenapa Jo? Itu adalah rahsia. Ala-ala pro je aku drive tadi.

"Deena, bagi signal"
"Deena, slowkan kereta"
"Deena, awak lupa apa tadi? Nak berhenti kena buat apa?"..."Hehe, brek awal, turun gear dua dulu cikgu"
"Deena, lagi satu nak buat apa?"...."Hehe, signal cikgu"
"Deena, kenapa lebih 60?"..."Eh, tak perasan cikgu"
"Deena, lepas ni nak kena buat apa?"..."Tukar lorong cikgu"
"Deena, relaks je. Nanti terlanggar line putih. Jangan laju"..."Eheh, ok cikgu"
"Deena, jangan gelabah tukar gear"
"Deena, kawal stereng. Patutnya awak dah ada mata kat tangan untuk tukar gear"..."Ok cikgu"
"Deena, clutch tekan habis. Gear tak masuk lagi tu"..."Tau je cikgu ni"
"Ok. Haa...good Deena. Macam ni lah"



Relaks je cikgu tu naik dengan aku ek? Tapi okla dia takdelah nak sound aku sesuka hati. Dia cakap elok je. Maka aku pun makin yakinlah nak bawak kereta tu. Cool, relax and steady. Dapat kancil baru sikit. Senanglah nak handle. Lepastu dia dok main borak-borak ngan aku. Alah, biasalah tu. Dah jadik tugas dia nak kurangkan gugup student kan.


"Awak ada akak yang belajar mandu kat WAMUDA ke?"
"Ada. Sume adik-beradik saya belajar kat sini"
"Oh. Akak awak apa nama?"
"Faeqa?" yang mana satu dia nak ni? Ada tiga akak aku belajar memandu kat sini.
"Haaa...tulah saya dah agak. Sebab muka awak sama dengan dia"
"Aah. Memangpun" dah selalu sangat kena macam ni. Jadik aku dah immune. Dah kebal dah.
"Dia kat mana sekarang?"
"UiTM Segamat. Dulu dia Poli satu sem."
"Selalu dia drive?"
"Eh, selalu sangat" bukan takat drive, siap drift lagi cikgu.



Maka pemanduan diteruskan seperti biasa. Tiba-tiba,



"Faeqa, jangan laju"..."Ehh??"
"Faeqa, lepas ni buat bukit ea?".."Deena cikgu"..."Eh, Deena. Sori, sampai lupa saya."
"Eqa, bawak jalan B pulak"...'Eh, lagi? pekehal cikgu ni?'
"Dulu, nak ajar Faeqa kawal stereng punyalah susah"
"Saya pun sama cikgu"
"Awak ok lagi. Dulu saya dua jam ajar dia kawal stereng. Keras betul tangan dia"...'well, I malas nak cakap banyak. Bertambah confident aku. Hehe'
"Ok Faeqa, lepas buat bukit, buat parking, lepastu buat tiga penjuru ea. Awak buat sendiri boleh? Saya tengok dari luar."
"Ha. Ok. Boleh cikgu" tak habis lagi dengan Faeqa dia tu...haila cikgu. Agak kenapa ni cikgu?Tadi elok panggil Deena. Sekali masuk cerita bab Faeqa terus tukar nama aku? ehemm...
"Ok Eqa. Terus naik atas ea. Tunggu kejap. Eqa nak saya hantar balik kan?"
"Cikgu, Deena la"..."Ha. Eh. Ya Allah. Sori sori. Ye Deena. Asek lupa je saya"



Yelah cikgu. Apa-apa je lah. Faeqa, you see? Kemain ingat lagi dengan Faeqa ye. Takpe. Biar Faeqa je yang ambik test untuk aku nanti. haha...




Allah's love letter for today,




...boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu,
Allah Mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui


Al-Baqarah : 216

Tuesday, March 22, 2011

Kenapa Dengan Lagu Ni?








Anda - Tentang Seseorang

teruntukmu hatiku
inginku bersuara
merangkai semua tanya
imaji yang terlintas

berjalan pada satu
tanya slalu menggangguku
seseorang itukah dirimu kasih

kepada yang tercinta
inginnya ku mengeluh
semua resah di diri
mencari jawab pasti

akankah seseorang
yang kuimpikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya
kau yang jawab

dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta






p/s: So sweet! Ada sentimental value...heheh.

Sunday, March 20, 2011

Ayunya Dia....

Balik je rumah minggu genap seminggu lepas, baru aku dapat tahu yang sekarang ni ada filem baru yang tengah ditayang kat wayang-wayang yang berbijik-bijik dalam Malaysia ni. Hmm, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. Rasanya pernah dengar pasal filem ni dulu. Dari dulu masa filem ni masih dalam pembikinan, dah kecoh dah kata yang cerita ni akan pecah punggunglah, box officelah, sangat susah untuk dibikinlah. Betapa aku jadik katak bawah tempurung bila duduk dalam kem tu. Tak tau yang cerita tu dah publish 10 Mac.
Maka aku pun persoalkan pada seisi rumah yang ada waktu tu, "Best sangat ke citer ni? Kemain lagi orang dok muji segala?" Mak aku pun jawab, "Ishhh, bagus cite ni. Mak nak tengok." Yaaa....itu dia perkataan yang paling aku nak dengar. Bila mak dah cakap camtu, maknanya ada potensilah hujung minggu ni kitorang naik Melaka. Hehe, I like!


* * *

Pagi Sabtu yang cerah, eheh ayat dia, aku pun mandilah. Nak bersiap kan. Kata nak pergi Melaka. Siap je mandi, pakai seluar jean. Tiba-tiba Faeqa tegur,

"Deena, nape pakai jin?? Kan nak gi umah ong kawen..."

Halamak, nak kena pakai baju kurung ke? Behtu kata nak gi tengok wayang camne? Hmm, pakai jelah nak wat camne kan. Bukan tak pakai baju pon kan...eceh sedapkan hati. Lepastu kitorang pun bertolak pergi Muar, ada jemputan kahwin kat sana. Kira kitorang lunch kat sana lah. Dah siap semua, kitorang teruskan perjalanan pergi Melaka. Dah target nak tengok kat Dataran Pahlawan. Malam sebelum tu dah tengok kat internet, ada tiket pukul 2.45 dengan pukul 5.00 petang. Memang sasarannya yang pukul 5 lah sebab pukul 2 kitorang masih on the way nak ke DP.

Keluar tol Ayer Keroh, aku tengok traffic dia ok je. Taklah sesak sangat kot Melaka minggu ni. Tiba-tiba masuk kat area Banda Hilir je dah mula dah. Sesak jugak rupanya. Hado. Susahlah macam ni. Rasanya sampai kat DP dalam pukul 3.30 camtu kot. Tapi nak carik parking nauzubillah punyalah susah memang menguji tahap kesabaran la siot! Kurang asam punya pakcik jaga parking, dah tahu parking undergound tu dah penuh asal tak tutup gate yang kata 'Parking Full' tu?. Buat susah payah kitorang je dok berputar bertawaf dalam tu nak carik parking yang memang dah penuh. Pastu bila kitorang dah keluar dari gua parking tu, baru diorang tarik gate parking full tu. eh tah pape je pakcik ni. Dahlah hunjan lembat kat luar masa tu.
Last-last kitorang parking kat Hattern Square. Dia ni pun under DP jugak. Cuma bangunan yang lagi satu kat seberang DP. Nasib baik ada kosong. Masa tu jam dah pukul 4.30 dah. Maka bergegaslah aku dan Kekna berkejar naik ke GSC. Sementara yang lain pergi melepaskan geram amarah dan sisa buangan masing-masing kat toilet. Memang tak tahan siap sesat pulak tu. Maklumlah mana pernah parking kat HS. So laluan tu dah berubahlah. Nasib baik cepat sampai. Dapat jugak tiket pukul 5. Tapi tempat dia memang syoklah aku kata. Dua dari depan! Amek ko! Mendongaklah jawabnye tengok movie. Padan muka. Sape suruh tak book awal-awal. Takpelah atleast dapat seat yang ngam-ngam untuk 5 orang sederet.
Then kitorang pun tontonlah filem yang diangkat dari sejarah dolu-dolu tu. Komen aku pasal cerita Hikayat Merong Mahawangsa ni, memang best. Kira tak sia-sialah susah-payah kitorang nak kejar tiket dia. Memang sangat smartlah cerita ni. Ada jugaklah kekurangan sikit-sikit. Tapi biasalah tu. Ini first time Malaysia buat filem camni rupa. Kita belum master macam Amerika. Takpelah usaha sikit-sikit. Kan? Hargailah usaha anak Malaysia yang cuba nak cipta kelainan dalam industri filem kita sendiri. Eceh dah macam pegawai FINAS pulak dah.
Bagi aku yang tak pernah baca pasal sejarah Merong Mahawangsa ni, filem ni dah berjaya buat aku faham pasal sejarah dia. Kaitan antara kerajaan Rom dan China, kerajaan Langkasuka (satu kerajaan lama kat Kedah) and adalah lagi yang aku tak tahu nak describekan macam mana. Lakonan pelakon-pelakon pun pada aku sangat mantap. Stephen Rahman as Merong Mahawangsa, Gavin Apebendetah as Marcus Akutakingat, Khir Rahman as Kemawas, Umi Nazeera as Embok. So far memang bestlah. Scene perang dia pun sangat cun. Tengok Stephen Rahman, Si Gavin tu and yang lain-lain main lawan pedang memang macam real. Ala-ala Pirates of The Carribbean pun ada jugak. Cuma pelakon tambahan diorang ada yang sangat kurus melidi, ada yang buncit pulak secara tak langsung buat aku terfikir, 'Boleh ke badan camni nak gi berperang?' haha, jahat tau! Tak baik punyaa....
Ending untuk cerita tu rupanya Merong Mahawangsa mati. Huhu...tak syoknye bila hero mati! Tapi nak buat macam mana dah kalau sejarah kata dia mati takkan tiba-tiba kau nak ubah jadik heronya hidup pulak kan. Habis je cerita tu, rasa sangat kagum dengan filem tu. Aku memang puas hati. Tapi semua tu pendapat aku lah. Orang lain aku tak tahu. Lain orang lain pendapat kan. Berdirinya aku dari seat tu, tiba-tiba rasa eh badan aku macam nak melayang lah! Maklumlah duduk depan screen kan. Haha, takpe itu tak jadik hal. Yang penting kepuasan hati. Tahap kepuasan hati kali ni lebih tinggi dari masa tengok LBS dulu kot. Ko bayangkan jelah. Hehe.
Lepastu kitorang pun keluar dari DP. Teruskan perjalanan nak cari dinner pulak. Jap lagi my handsome father masuk ke Jusco baru. Fuyyyoooo abah! Kitorang tak mintak nak jalan lagi, tapi dah abah masuk Jusco, nak buat camne, terpaksalah jalan. Hehe. Gedik sangat tau! Jalan punya jalan dapatlah beli kasut dua pasang. Tapi bukan aku punya. Mak and Faeqa punya. Habis jalan kat Jusco baru carik dinner kat warung tepi jalan. Pening kepala masa keluar punggung tak hilang lagi masa tu. Terus bantai makan. Memang puas perut aku kata.
Yang penting, sepanjang hari Sabtu tersebut, kami anak-anak dara En Bahrom dan Pn Julia termasuk Pn Julia sekali memakai baju kurung. Oh tidak ayunya mereka berempat terutamanya si adik ditemani seorang hero berjalan di dua shopping mall dengan berbaju kurung. Siap masuk wayang lagi nyah! Malas mak nak cerita lebih-lebih. Kau imagine jelah macam mana.