Tuesday, March 29, 2011

Kuliah Memandu Saya

Ok, tadi pergi belajar drive untuk kelas terakhir kot. Lepas ni tinggal lagi sejam. Lepastu ikutkan due date nye 11 April ni pergi test. Mangaii...dah nak test tu...bawak kereta pun tersengguk-sengguk. Dah nak test. Ada hati.

Dekat tiga bulan tinggalkan dunia memandu ni membuatkan aku agak kekok nak drive balik. Tak boleh ingat masa first kelas lepas balik PLKN haritu, habis semua undang-undang jalan raya aku langgar. Step nak masuk parking pun boleh lupa. Parah! Nak mulakan perjalanan tak bagi signal, tak toleh kanan, paling hebat siap TAK TURUNKAN HANDBRAKE! Dasat tak I? I memang bakal pemandu berhemah kan???

Tadi punya kelas paling best kot aku rasa. Dengan cikgu sape? Entah? Dah macam-macam cikgu aku belajar dah. Sorang pun aku tak tau nama. Tapi cikgu tadi paling best. Mak panggil cikgu Jo. Haa..kenapa Jo? Itu adalah rahsia. Ala-ala pro je aku drive tadi.

"Deena, bagi signal"
"Deena, slowkan kereta"
"Deena, awak lupa apa tadi? Nak berhenti kena buat apa?"..."Hehe, brek awal, turun gear dua dulu cikgu"
"Deena, lagi satu nak buat apa?"...."Hehe, signal cikgu"
"Deena, kenapa lebih 60?"..."Eh, tak perasan cikgu"
"Deena, lepas ni nak kena buat apa?"..."Tukar lorong cikgu"
"Deena, relaks je. Nanti terlanggar line putih. Jangan laju"..."Eheh, ok cikgu"
"Deena, jangan gelabah tukar gear"
"Deena, kawal stereng. Patutnya awak dah ada mata kat tangan untuk tukar gear"..."Ok cikgu"
"Deena, clutch tekan habis. Gear tak masuk lagi tu"..."Tau je cikgu ni"
"Ok. Haa...good Deena. Macam ni lah"



Relaks je cikgu tu naik dengan aku ek? Tapi okla dia takdelah nak sound aku sesuka hati. Dia cakap elok je. Maka aku pun makin yakinlah nak bawak kereta tu. Cool, relax and steady. Dapat kancil baru sikit. Senanglah nak handle. Lepastu dia dok main borak-borak ngan aku. Alah, biasalah tu. Dah jadik tugas dia nak kurangkan gugup student kan.


"Awak ada akak yang belajar mandu kat WAMUDA ke?"
"Ada. Sume adik-beradik saya belajar kat sini"
"Oh. Akak awak apa nama?"
"Faeqa?" yang mana satu dia nak ni? Ada tiga akak aku belajar memandu kat sini.
"Haaa...tulah saya dah agak. Sebab muka awak sama dengan dia"
"Aah. Memangpun" dah selalu sangat kena macam ni. Jadik aku dah immune. Dah kebal dah.
"Dia kat mana sekarang?"
"UiTM Segamat. Dulu dia Poli satu sem."
"Selalu dia drive?"
"Eh, selalu sangat" bukan takat drive, siap drift lagi cikgu.



Maka pemanduan diteruskan seperti biasa. Tiba-tiba,



"Faeqa, jangan laju"..."Ehh??"
"Faeqa, lepas ni buat bukit ea?".."Deena cikgu"..."Eh, Deena. Sori, sampai lupa saya."
"Eqa, bawak jalan B pulak"...'Eh, lagi? pekehal cikgu ni?'
"Dulu, nak ajar Faeqa kawal stereng punyalah susah"
"Saya pun sama cikgu"
"Awak ok lagi. Dulu saya dua jam ajar dia kawal stereng. Keras betul tangan dia"...'well, I malas nak cakap banyak. Bertambah confident aku. Hehe'
"Ok Faeqa, lepas buat bukit, buat parking, lepastu buat tiga penjuru ea. Awak buat sendiri boleh? Saya tengok dari luar."
"Ha. Ok. Boleh cikgu" tak habis lagi dengan Faeqa dia tu...haila cikgu. Agak kenapa ni cikgu?Tadi elok panggil Deena. Sekali masuk cerita bab Faeqa terus tukar nama aku? ehemm...
"Ok Eqa. Terus naik atas ea. Tunggu kejap. Eqa nak saya hantar balik kan?"
"Cikgu, Deena la"..."Ha. Eh. Ya Allah. Sori sori. Ye Deena. Asek lupa je saya"



Yelah cikgu. Apa-apa je lah. Faeqa, you see? Kemain ingat lagi dengan Faeqa ye. Takpe. Biar Faeqa je yang ambik test untuk aku nanti. haha...




Allah's love letter for today,




...boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu,
Allah Mengetahui,
sedang kamu tidak mengetahui


Al-Baqarah : 216

6 comments:

  1. haha . kan aq pena ckp . muke kowg mmg same beno . bio dy je tes tok ko t . konfem llus .hEe~

    ReplyDelete
  2. datzmeyh_nadz93@yahoo.comMarch 29, 2011 at 9:46 PM

    HEEHEE ~~ aku lagilaa gegel nii deena ;p

    ReplyDelete
  3. deena,,,sepat2 dpt lesen,,,kite nk ngedet seng t,,kuang3

    ReplyDelete
  4. diAri sEorAng gAdis : haha, boleh je. Beran dgn x beran jela nak wat gitu.

    datzmeyh_nadz93@yahoo.com : jgnla gegel kanad...lau ko gegel, aku pengsan terus kang.

    miss liza : la...yg dok sebok no nak tunggu lesen aku watpe? nuuu ha sane, kona tu dah ade lesen dah. Soh dye bawak ko jenjalan...

    ReplyDelete
  5. deena!!!jgn jd cm aq aww...kena repeat..wahaha...msty bolenyr.. :D

    ReplyDelete
  6. fiqah: aku dah kene repeat dah pun...haha

    ReplyDelete