Friday, March 12, 2010

aku ngantok, aku penat

Memang aku tgh ngantok sekarang ni...tapi aku still nak update blog ni...well. sekarang baru start cuti...cuti penggal bulan tiga...dan, macam biasa, cuti macam tak cuti. Dengan omwerk nye yg macam x egt dunie...hmm, memang tak boleh nak wat pape. Name pon student SPM. Takpe, kene sabar deena. Untuk taun ni je..tak sampai satu taun pon lagi..tgl bape bulan je. Tapi, aku tak janji langsong same ade aq boleh siapkan sume omwerk tu ke tak, bcoz, cam biaselah, aku. Mak pulak da plan nak g perlis. Ade org kawen dye kate. Dua tiga ari jugak la nak spent kat sana...itu yang aku tak jamin omwerk aku leh siap ke tak...

Ok. Cite pasal result SPM yang baru keluar ni. Sume orang tau yg SMK Seri Kenangan ni top school dalam Segamat. (tapi org segamat je la yg tau kot). Diorang sume xpect budak2 ktorang leyh dapat bebelas-belas orang straight A's. Aku pun antare orang yang beranggapan macam tu sebenarnye...tapi sememangnye aku agak terkejot bila cikgu Sivik aku bagi sesi 2010 ni cite kat aku dengan fadilah, yang sekolah kami cuma 2 orang je yg straight A.

"Takutnye saye..."

"Kenape cikgu?"

"Saya dengar cikgu Mokhtar dengan cikgu Normah cite pasal result SPM esok.."

Mule-mule aku ingat die nak cite pasal ape, rupenye pasal result SPM.

"Kenape dengan result? Ramai yang stret A ke?"

"Tak...cume due orang je..."(die lebih risau pasal result PA budak-budak die)

"Sape?"

"Eh, mane boleh bagi tau...saye pun tak tau.."

"Zulhakim la tu...lagi satu mesti Yong"

"Entahla, saye pun tak tau sebenanye."

Lebih kurang gitu la dialog aku ngan cikgu Sivik aku yang penuh lemah lembot tu...sambil-sambil tu ade disampok-sampok siket oleh Fadilah yang ade kat situ mase tu... Dan, esoknye bila dalam kelas Sejarah, Cikgu Rahmat buat kecoh,

"Hei, kenape korang tak siapkan keje sejarah yang saye bagi??!!"

"Hado, die da buat perangai dah..."aku kate lam ati..

Tengah die sebok-sebok cite pasal keje Sejarah die tu, tah macam mane boleh menyimpang msok pasal result SPM.

pot pet pot pet...."sekolah kite cume due orang je yang stret A"

"Zulhakim ea cikgu?"ade orang tanye.

"Lagi satu sape cikgu? Yong ea?"

"Taklah. Yong dapat 9. Tapi tak stret. Die kan amek 10 subjek. Die slack kat bahasa Cina."

"Abehtu sape lagi sorang??"

"Murni...Murni Bt Ismail"

"Hahh! Gile ah!!" 3/4 daripade budak 5SN1/2010, bagi respon yang same.

Memang terkejot beb! But anyway, dye memang antare orang-orang yang pandai gak kat skola aku tu. Tapi, memang tak sangke la...tapi aku kesian jugak tengok wajah-wajah diorang yang kecewe dengan keputusan masing-masing...macam mane pulak la aku taun depan ek?? Seram dow bile pikir. Tapi, aku tetap bangge dengan diorang. Diorang berjaya letakkan SMKSK sebagai no 1 dalam Segamat. First SPM tuu....tahniah korang...kami budak second batch SMKSK akan cuba buat yang terbaik untuk taun ni...doakan kejayaan kitorang ea...

Aku taknak orang Segamat cop Seri Kenangan just terror untuk PMR je...Aku nak Seri Kenangan top untuk both SPM and PMR! Insya-Allah....

Sunday, March 7, 2010

salahkah aku??


Hari Ahad lepas...ada satu peristiwa hangat yang dah berlaku dekat sekolah tempat aku belajar sekarang...tak boleh nak sebut dekat sini...takut akan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak pulak nanti. kalau nak tahu, tanyalah pada warga SMK Seri Kenangan yang ada di mana-mana.

Hah! Sebenarnya aku nak cerita dekat sini yang aku sangat tak sangka dengan sorang kawan yang aku percaya selama ni. Aku dengan dia memang tak pernah ada problem. Memang baik. Dia pun tak pernah buat hal dengan aku...tapi kalau nak diikutkan, dia anak buah aku..bukan anak sedara, tapi anak buah. Kau faham-faham sendirilah.

Ok, berkaitan dengan perkara yang aku tak percaya tu...ceritanya begini...aicehhh....berkenaan dengan kes yang dah berlaku tu...aku sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menjaga keseluruhan pelajar puteri dekat Asrama Ibnu Sina, SMK Seri Kenangan hanya dapat tahu tentang kes tu pada keesokan harinya sahaja. Kes tu berlaku hari Ahad malam Isnin. Iaitu hari dimana kami semua baru je balik dari kampung masing-masing. Alah, kalau tanya dekat budak-budak SK, diorang, mesti tahu punyalah. Tapi aku hanya tahu masa prep petang hari Isnin tu. Dan, bila aku dapat tahu pasal cerita tu, otak aku tak pulak mengarahkan aku supaya pergi buat report.

Sampailah satu masa, kawan aku yang seorang ni datang dan tanya dekat aku sama ada aku perlu report ke tak...dan sebagai seorang yang harus bertanggungjawab, aku terpaksa pergi buat report. Sambil dalam hati aku risau. Sebab aku rasa serba salah dengan kawan-kawan aku. Sebab ada kawan-kawan aku yang tergolong sekali buat kes tu. Tapi, oleh sebab aku memikirkan kebajikan anak-anak buah aku, aku terpaksa ketepikan semua rasa serba salah tu. Dan disebabkan aku tak tahu siapa lagi yang terlibat dengan kes tu, maka kawan aku yang seorang ni tadi pun pergilah cari saksi-saksi yang berkaitan dan segala tertuduh yang akan didakwa. Kitorang pun pergilah berjumpa dengan pihak yang patut dilaporkan mengenai benda ni.

Dan benda yang dah membuatkan aku tak percaya ialah, kawan aku ni cerita dekat orang lain perkara yang sebaliknya. Macam yang aku beritahu tadi, kawan aku ni yang datang cari aku untuk report pasal benda ni. Tapi, dia cerita dekat orang lain yang dia yang teman aku pergi buat report...Macam mana tu?? Lain yang berlaku, lain yang dicerita. Tak percaya aku dengar semua tu. Yalah, aku baik dia selama ni. Kitorang memang tak pernah ada masalah. Entah, mungkin dia tersalah cerita kot. Tapi walaupun aku dah tahu pasal benda ni, aku masih baik dengan dia. Mungkin memang betul dia tersalah cakap. Sebab dia pun takda tunjuk muka bersalah dekat aku. Selamba je. Macam takda apa-apa yang berlaku.

Sekarang ni aku masih rasa serba salah dengan kawan-kawan aku yang terlibat tu...aku kena say sorry pada diorang. Tapi tak tahulah bila. Sorry ya...kalau korang nak benci dekat aku pun takpa ah. Aku tahu korang tak suka kena marah dengan cikgu, tapi aku tak boleh lepas tangan. Aku terpaksa. Aku pun tak sampai hati nak tengok korang kena makan sumpah seranah diorang. Sori lagi sekali ya...aku ni bersalah ke buat semua ni...??