Sunday, March 7, 2010

salahkah aku??


Hari Ahad lepas...ada satu peristiwa hangat yang dah berlaku dekat sekolah tempat aku belajar sekarang...tak boleh nak sebut dekat sini...takut akan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak pulak nanti. kalau nak tahu, tanyalah pada warga SMK Seri Kenangan yang ada di mana-mana.

Hah! Sebenarnya aku nak cerita dekat sini yang aku sangat tak sangka dengan sorang kawan yang aku percaya selama ni. Aku dengan dia memang tak pernah ada problem. Memang baik. Dia pun tak pernah buat hal dengan aku...tapi kalau nak diikutkan, dia anak buah aku..bukan anak sedara, tapi anak buah. Kau faham-faham sendirilah.

Ok, berkaitan dengan perkara yang aku tak percaya tu...ceritanya begini...aicehhh....berkenaan dengan kes yang dah berlaku tu...aku sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menjaga keseluruhan pelajar puteri dekat Asrama Ibnu Sina, SMK Seri Kenangan hanya dapat tahu tentang kes tu pada keesokan harinya sahaja. Kes tu berlaku hari Ahad malam Isnin. Iaitu hari dimana kami semua baru je balik dari kampung masing-masing. Alah, kalau tanya dekat budak-budak SK, diorang, mesti tahu punyalah. Tapi aku hanya tahu masa prep petang hari Isnin tu. Dan, bila aku dapat tahu pasal cerita tu, otak aku tak pulak mengarahkan aku supaya pergi buat report.

Sampailah satu masa, kawan aku yang seorang ni datang dan tanya dekat aku sama ada aku perlu report ke tak...dan sebagai seorang yang harus bertanggungjawab, aku terpaksa pergi buat report. Sambil dalam hati aku risau. Sebab aku rasa serba salah dengan kawan-kawan aku. Sebab ada kawan-kawan aku yang tergolong sekali buat kes tu. Tapi, oleh sebab aku memikirkan kebajikan anak-anak buah aku, aku terpaksa ketepikan semua rasa serba salah tu. Dan disebabkan aku tak tahu siapa lagi yang terlibat dengan kes tu, maka kawan aku yang seorang ni tadi pun pergilah cari saksi-saksi yang berkaitan dan segala tertuduh yang akan didakwa. Kitorang pun pergilah berjumpa dengan pihak yang patut dilaporkan mengenai benda ni.

Dan benda yang dah membuatkan aku tak percaya ialah, kawan aku ni cerita dekat orang lain perkara yang sebaliknya. Macam yang aku beritahu tadi, kawan aku ni yang datang cari aku untuk report pasal benda ni. Tapi, dia cerita dekat orang lain yang dia yang teman aku pergi buat report...Macam mana tu?? Lain yang berlaku, lain yang dicerita. Tak percaya aku dengar semua tu. Yalah, aku baik dia selama ni. Kitorang memang tak pernah ada masalah. Entah, mungkin dia tersalah cerita kot. Tapi walaupun aku dah tahu pasal benda ni, aku masih baik dengan dia. Mungkin memang betul dia tersalah cakap. Sebab dia pun takda tunjuk muka bersalah dekat aku. Selamba je. Macam takda apa-apa yang berlaku.

Sekarang ni aku masih rasa serba salah dengan kawan-kawan aku yang terlibat tu...aku kena say sorry pada diorang. Tapi tak tahulah bila. Sorry ya...kalau korang nak benci dekat aku pun takpa ah. Aku tahu korang tak suka kena marah dengan cikgu, tapi aku tak boleh lepas tangan. Aku terpaksa. Aku pun tak sampai hati nak tengok korang kena makan sumpah seranah diorang. Sori lagi sekali ya...aku ni bersalah ke buat semua ni...??

No comments:

Post a Comment