Saturday, October 2, 2010

Satu dalam berbulan-bulan

Haha...apakah maksudnya ye...?? xde apa pun...saja nak bagi tau la ni...yang dah hampir lima bulan aku langsung tak ketuk keyboard ni on my blog...jadi, tindakannya...inilah dia

Hey, aku pun tak berapa nak tau apa yang aku tengah mengarut ni...cepatt! carik tajuk yang sesuai Deena! tampar2 manja sikit otak ko yang agak pemalas nak berfikir tu...manja sahaja..tak lebih dari itu ya...

Ok-ok. Macam ni lah. Aku nak cakap sikit yang aku ni dah dekat sangat dah dengan aku punya exam. Dah tak jauh mana dah. Sipi-sipi gitu. Sebulan lebih je lagi nih. Kalau nak ditanya apa perasaan aku kala ini,,fuhhh!!![ala-ala Awal Ashaari tu]..memang tak boleh blah. Nebess abes! Gisau mak nyahh!!

Tapi tu lah. Dah namanya pun Deena Syaheeda kan, tindakan yang benar-benar serius hanya akan diambil bila exam tu tinggal dalam kiraan hari. Bukan bulan, bukan minggu. Wahai rakan-rakan seperjuanganku, tolonglah seret tangan aku ni masuk bilik bacaan kinabalu yang indah berseri tu! Buatlah apa yang sepatutnya dekat aku ni. Aku sekarang ni tengah dilanda masalah yang amat besar sekalian alam. Masalah tak dapat nak atasi KEMALASAN dalam diri sendiri.

Kepada sesiapa yang mengaku kenal aku, tolonglah pastikan aku study ye...berat bahu ni nak pegang harapan banyak orang. Semua orang, bukan sorang wehh. Tak mau ada yang tak puas hati nanti. Tak mau jugak ada yang mengata belakang nanti.

TOLONG YE..!!!