Monday, November 15, 2010

thanks adik-adik

13 November 2010- MALAM GALA BINTANG SUKSES

malam yang tersebut ialah malam yang the bestlah sepanjang aku ada kat seri kenangan. memang bestlah sebab tak kena marah langsung dengan cikgu2. thanks cikgu sebab sangat sporting malam tu. even sepatutnya kitorang dah kena balik, tapi kitorang still sibuk bergambar sana-sini pun cikgu tak marah. hehe.

and, buat adik2 form 3, tahniah sebab dah buat the best performance untuk kitorang malam tu. yang girls lah. yang boys punya...tak dapat rasa sebab aku tak rapat dengan diorang. haha. tapi papepun korang memang berbakatlah. mula2 tengok koir korang siang tu, tertouching gak rasa. tapi bila malam dah tak touching dah, sebab dah tau. >.<

ok...im waiting for my graduation day after this. satu2 nya majlis yang tinggal untuk tahun ni...but before that, i need to focus on my spm first..GOODLUCK EVERYBODY!

Saturday, November 6, 2010

kawan-kawan sayang



syukurlah kita semua dah ok macam dulu ye...

setiap orang kena ubah diri masing-masing...

semua orang kena berhijrah...

let bygone be bygone...

jangan lupakan terus Oktober 2010

walaupun kita samakan dia dengan lagu awie yang fofular tu...TRAGEDI OKTOBER

gunakan apa yang dah berlaku sebagai pengajaran

sayang korang semua...MUUUAHHH!!

-AKU SAYANG KORANG-

Friday, November 5, 2010

dup dap dup dap

wah2...kemain lagi dia punya entri...nervous gitu bunyinye...

today is 5th November 2010...spm is very just around the corner. sipi2 gitu orang kata. only a fornight is left for me before the war start..dalam dua minggu ni lah aku boleh buat the last preparation.

benda ni sebenarnya tak mudah untuk aku. bawak tanggungjawab yang besar. bawak harapan ramai orang. anak last dalam family, so segala harapan yang tinggal tergalas atas bahu aku. aku selalu tak yakin dengan kemampuan sendiri. betul. tak tipu punye. tapi ada masa aku macam yakin pulak. entahlah.

memang,
dalam hati berkobar-kobar nak capai semua tu. bukan setakat nak gembirakan orang sekeliling, tapi untuk diri aku sendiri jugak, untuk masa depan aku. tapi tulah. macam yang aku cakap tadi, aku kadang-kadang tak yakin dengan diri aku. selalu aku terfikir pasal ni.

cuba bayangkan,
kalau aku tak dapat apa yang aku nak? mesti ada pihak yang hampa dengan aku. especially my lovely parents. pernah sekali (sekali ke?) aku terfikir benda ni sampai bergenang air mata. dah nak nangis la tu. tak boleh bayangkan kalau aku hampakan harapan diorang. hampakan diri aku jugak. tapi, mintak dijauhkan semua tu. aku akan cuba sehabis baik, mintak2 tak berlaku macam tu. doakan kejayaan saya ya...
dahlah, jangan fikir negatif lagi. kalau nak yang terbaik kena usaha lebih kan..? tak boleh terus macam ni. wake up girl! sedarkan diri yang masih berkhayal tu. study! study! study!

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku. Kau murahkanlah rezekiku di dunia dan akhirat. Aku niatkan segala ilmu yang aku perolehi ikhlas keranamu Ya Allah. Aku akan gunakannya ke jalan yang Engkau redhai. Kau kurniakanlah kejayaan ini kepadaku. Sesungguhnya kejayaan ini aku tujukan khas buat ibu bapaku, guru-guruku, sekolahku, termasuklah semua orang yang telah berbuat baik kepadaku, juga untuk diriku sendiri Ya Rahman. Amin.


p/s: kalau tinggal dua minggu nak exam, maknanya tinggal 5 minggu nak tinggalkan seri kenangan. how sad is that! love you so much SUKSES!