Monday, April 25, 2011

Impian Ke Cita-cita?

Susah kan bila kena buat pilihan antara dua? Hmm, hari ni entri kita agak berfaedah sikit. Matang sikit. Bukan sebab apa, ni sebab nak bercakap tentang masa depan ni.

Cita-cita saya nak ada title Dr. kat depan nama Deena tu.

Dan

Impian saya nak belajar kat luar negara.



Cita-cita kat atas tu bukan calang-calang punya angan-angan tu. Itu dah dikira profesion elit atau profesion kelas atasan confirm yang akan disanjung dan dipandang tinggi oleh sesiapa pun kot. Yelah, benda yang susah nak dapat tu mestila orang akan kata, "Peh gila lah dia tu boleh jadi macam ni...macam tu....boleh dapat ni..dapat tu...mesti mak bapak dia bangga ngan dia kan?" Kerjaya macam tu dia punya income memang masyuk. Siapa yang tak nak gaji besar? Doktor, engineer, pilot, semua tu kerja yang babitkan nyawa orang. Sebab tu gaji besar. Kalau bidang keusahawanan atau apa-apa je yang seangkatan dengannya tu mungkin tak babitkan nyawa orang sangat kot. Aku rasa lah.

Itu cita-cita. Tapi impian aku lain pulak. Nak belajar kat luar negara. Kalau nak muntah sekarang silakan. Tak kiralah orang nak cakap apa. Nak kata aku kuat berangan ke, perasan nak mampus ke, takkan kesampaian ke, aku tak kisah. Aku nak berangan aku punya sukalah. Tak babitkan duit korang pun. Alah, semua orang akan berangan nak pergi luar negara. Sama ada untuk belajar atau untuk melancong atau nak lagi gempak tinggal and kerja kat sana. Kalau yang dah pergi or selalu pergi tu takyahlah join bahagian ni. Ini untuk orang-orang macam aku ni. Keluarga saya tak sekaya or semewah orang lain yang boleh berjalan luar negara macam setakat ulang-alik Segamat-Batu Anam je. Jadi, angan-angan aku nak pergi luar negara hanya dengan pergi belajar jelah. Tunggulah nanti bila aku dah ada duit berkepuk-kepuk bolehlah aku join orang-orang kaya tu pergi jenjalan oversea.

Tapi kita tau kan yang tak semua impian dan cita-cita kita tu akan kesampaian? Jadi sekarang ni aku dah mula tersepit antara dua dah. Entahlah, padahal yang pasal impian aku tu belum tau pun lulus ke tak interviewnya. Dan yang cita-cita tu pun belum tentu aku dapat tawaran asasi or matrik dan belum tentu pun aku boleh score untuk proceed nak dapat title Dr. tu.

Ataupun aku lupakan title Dr. tu tapi tukar dengan title Teacher? Hehe, kerjaya yang memang sesuai dengan para gadis dan sekarang ni makin susah nak jadik cikgu. Banyak saingan tau! Ingat senang ke nak dapat? Semua orang yang dah grad kalau tak dapat kerja mesti mohon KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ). Ada setengah orang kata cikgu ni pilihan terakhir bila dah susah sangat nak dapat kerja. Ei, tak baik tau cakap camtu. Ingat senang ke kerja cikgu ni. Mulia tau! Besar tanggungjawab dia. Bukan senang nak mendidik anak orang nak bagi pandai, lagi-lagi bila ada student yang degil keras kepala macammm.....KAU! - gurau je jangan terasa. Kang bila anak tak score masa exam mak bapak kerja nak salahkan cikgu je. Tak tau anak dia yang bebal, malas belajar. Bila anak kena rotan, pun cikgu jugak yang kena. Padahal anak dia tu yang degil. Hei, bosan betul dengan parents yang tak open minded macam tu. Pehal emo sangat pulak ni. Beriya-iya sangat pulak backup cikgu. Dah macam nak berdakwah pun ada. Ok, Lupakan.



Tutup cerita pasal cita-cita ngan impian tu. Lain kali kalau ada idea aku sambung. Nak cakap pasal lain ni.


Mintak maaf kalau apa yang aku nak suarakan ni mengecikkan atau menyakitkan hati sesiapa.


Takde, aku nak cakap, yang aku bosan bila aku baca blog or status fb sesetengah orang ni dia asyik dok gebang cerita pasal dia couple la, dia clashlah, dia merajuk ngan pekwelah. Bukan jeles. Cuma aku rasa macam hei come on la kawan kita ni muda belia lagi jangan lah dok bebankan otak dengan benda yang sedemikian rupa! Girls...wake up sayang! Jangan hanyut sangat dengan cinta korang sekarang ni. Hidup kita ni jauh lagi tau. Nanti kau dah separuh mati sayang kat jantan tu, bila terpisah tercampak belajar kat mana-mana, dah jumpa orang lain, clash jugak akhirnya. Kalau yang ok tu oklah, kalau yang dok merana meroyan macam orang mati laki tu apa cerita? Budak laki apa dia kisah. Diorang senang je nak carik ganti. Percayalah. Kalau tengok budak laki kat luar tu, yang kadang-kadang kita kata muka macam tak siap tu pun silap-silap awek dia ada dua tiga.

Saya ni bukan sesiapa nak halang anda dari bercinta. Itu hak korang. Aku tak boleh campur. Paling-paling tak suka pun buat tak tau jelah. Takkanlah tiba-tiba aku nak datang bisik kat telinga kau suruh kau clash ngan pakwe kau? Gila? Memang penyibuk tahap karma tu. Kalau nak bercinta, suka hatilah. Aku ni pun silap-silap sama je, konon nak ajar orang. Eh tapi itulah sebabnya aku tulis ni. Nak buat ingatan untuk diri sendiri jugak. Macam ni kawan, kalau nak ada pakwe tu, carilah masa yang sesuai. Aku tak boleh nak cakap bila masa yang sesuai tu. Korang kena fikir sendiri sebab ini pasal diri korang. Jadi korang je yang tau bila masa yang sesuai tu akan tiba. Tapi kalau boleh jangan sekarang, sebab lelaki remaja ni, kebanyakannya motif nak couple sebab suka-suka. Tak serius. Aku sendiri pun tak tahu bila masa yang paling sesuai untuk aku benarkan diri aku ni nak ber'pakwe'. Ei, geli nak cakap. Itupun kalau ada yang sudi. Haha berangan lagi. Setakat syok kat orang tu semua orang pun pernah kot. Pembohong besar kalau kau kata 'eh aku tak pernah langsung syok kat sesape'. Mesti pernah punya. Cuma kau tak pernah bagitau orang. Kan?[baik mengaku je, sebab aku pun sama.kahkahkah.sila baling kasut kau kat aku.]

Ok, bila kau rasa kau dah jumpa masa yang sesuai, kau tengok dulu budak tu macam mana. Ok ke, tak ok ke. Tengok muka dia, kalau gaya dia macam boleh jadik orang, boleh ada kerja bagus satu hari nanti, takpe boleh teruskan. Tapi kalau setakat muka macam tak boleh hidup kalau tak hisap rokok atleast sekotak sehari, fikirlah sepanjang-panjangnya. Bukan apa, kau nak mati cepat ke dok hidu asap rokok dia je nanti? Aku taknak. Duit pun nanti habis kat rokok je. Baik guna duit tu beli hadiah untuk aku ke, belanja makan ke, jadikan duit belanja bulanan untuk aku ke, barulah best. Kan ladies?

Lepastu, carilah budak jantan yang sembahyangnya terjaga. Aku ni bukanlah golongan macam para gadis yang kuat agama yang tudung labuh tu. Aku respect kat orang macam tu. Kagum beb! Bukan senang nak jadi macam tu tau. Tapi sekurang-kurangnya aku nak boipren aku nanti reti jaga solat dia. Sebabnya, orang yang reti jaga solat dia ni automatically akan terpelihara diri dia, sahsiah dia. Ada kau dengar budak laki pergi solat jemaah Maghrib ngan Isyak dulu kat masjid sebelum pergi merempit? Ada kau dengar budak laki buat solat hajat mintak nombor ekor yang diorang beli tu menang? Ada kau dengar budak laki buat tahajud tengah malam lepas balik disko? Ada kau dengar budak laki pergi dengar tazkirah dulu sebelum keluar pergi jamming?Takde semua tu kan. Kalau dapat yang alim tinggi ilmu agama tu lagi bonus! Tapi susah nak dapat yang macam tu. Ingat yang alim-alim tu nak ke pandang kat kita yang tak berapa nak alim sangat ni. Tapi kalau dah ada rembat je awal-awal. Aku, kalau tengok kat boys yang kemain bergaya rambut pacak, baju konon stylo ikut fesyen artis K-pop, aku tak rasa yang diorang ni sembahyang penuh. Yelah, kalau ambik air sembahyang kang penyek rambut stylo diorang. Silap-silap pergi sembahyang Jumaat pun takmo pakai songkok risau rambut penyek. Tapi yelah, tak semuanya macam tu. Kadang-kadang yang jenis tak bergaya pun solat belum tentu. Ini pandangan aku je. Aku berani cakap sebab aku tak rasa ada budak laki yang baca ni. Kalau ada, sorry ye bro....

Girls, kalau boleh janganlah open sangat bercerita pasal pakwe korang kat ruangan-ruangan public macam ni ye. Nak cerita boleh, tapi biarlah berlapik sikit. Sebabnya, kalau diperhatikan, jarang kita nak tengok budak laki yang gasak dok gebang pasal awek dia kat umum. Pompuan pulak yang kengkadang nampak lebih-lebih. Padahal bukan diorang tak sayang kat awek diorang. Sayang, cuma diorang sedikit egoistik nak menunjukkan kasih sayang diorang secara terang-terangan. Kita pun perlu macam tu jugak. Cuba jadikan ke'romatik'an korang tu hanya rahsia korang je. Barulah rasa spesel sikit. Ye dak? Ini kalau semua orang tau, tak speciallah! Dan kalau boleh, janganlah mudah sangat nak bercinta sayang oi. Simpan 'cinta' korang tu untuk orang yang betul-betul boleh jadik laki kau satu hari nanti. Baru betul. Tak payahlah nak berpegang pada konsep couple sebab suka-suka, nak enjoy. Tak penting semua tu. Mungkin pandangan aku ni ramai yang tak setuju. Tapi tak taulah kenapa aku jenis yang berfikiran macam tu. Takpe, lain orang, lain pandangannya kan? Aku cuma menyuarakan pendapat aku je.

Harini tak pasal-pasal aku dok bercakap pasal 'cinta' pulak dah. Macam tak kena gaya je....haha, lantak dah tulis pun...till then...goodbye!

9 comments:

  1. deena2..aq terasa niehhh,,haiyahh,,ta kesahh lahh,,,jd pedoman,,lawakk jugakk ape yg ko ckp niehh,,hahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  2. haha...jgnla terasa sayang oi...aku cuma xmo para2 gadis kat lua tu senang2 je dipergunakan...lagi2 kalau klgn kengkawan aku yg aq syg bebeno ni...

    ReplyDelete
  3. wahhhhh deena bes2...he3..i like n i skong.. :) lap u girl...

    ReplyDelete
  4. haiyahhh...saye saje je lahh ckp macam itu...saye tau anda ini merupakan seorang illegal advisor di waktu kite mude mudi ini,,ngee,,,aq tatau lahh pe yg aq ckp..hahahaha

    ReplyDelete
  5. Cramah ko bagai kan pedang taming sari..mnusuk ke lubuk hati usus..sgale organ dlmn r. haha..but still ko sumbat jgk cite lawak2 jdi pdoman.
    aq ske part rmbut penyek 2 ye..haha.terbaek.

    ReplyDelete
  6. akq...
    dah bce dah yg ni..
    ingt ada entry bru..
    huhu

    ReplyDelete
  7. hahaha . nmpak beno nipunyee law ade yg ta pena suka sesape . tak normal ituhh . btw , nice entry . aq un dok brngan nak p lua ngara . p ongkos takk rmai n mmg tak dpt pon . hahahaha

    ReplyDelete
  8. yup! memang tak normal. mesti penah nye...cume x penah gtau kat sesape..haha...nnt da keje bagos2, dah kaye duet da ramai leh g oberci kan...

    ReplyDelete